Tuesday, June 22, 2010

Udah telat.

Dia bicara kasar dengan fantasi hari ini.
Di tengah-tengah kota, ditengkingnya fantasi.
Diusungnya realiti.

Dia bilang fantasi itu teman akrabnya.
Mana mungkin ditengking?
Mana bisa dicerca?
Kali ini kau wahai fantasi,
pergi tinggalkan dia sendiri lagi.
Remuknya hati,
kau tak pernah peduli.

Oh ya, dia lupa.
Diri dia tak punya apa-apa.
Sekadar punya jiwa,
itupun caca merba.
Dia anak gelandangan,
yang punya banyak angan-angan.
Dia anak gelandangan,
yang tak punya ramai teman.
Saat ini dia pasti jerih,
dia pasti letih.
Dia bisikkan pada si palat,

"ENGKAU UDAH TELAT.
AKU AMAT PENAT,
DAN AKU DAH LAMA SESAT.
PULANGNYA ENGKAU BUAT HATI AKU BERTAMBAH CACAT."

Dan dia, adalah saya.


Dyra J.

3 comments:

syafiqxsaifullah said...

kena cari ubat paling mujarab.
tau sang doktor mahupun dukun paling hebat...
untuk ubati 'cacat' itu.
tapi,
perlu kah?

Dyra J. said...

Kalau tanya aku, jawapannya pasti TAK PERLU. Kerna dukun atau sang doktor mana sekalipun yang datang, pasti akhirnya akan buat hati aku berlubang. Maka biar aja aku macamni, supaya hati yang sedia sakit, tak parah lagi.

*senyum*

apelfeckel j said...

aku suka tiap baris ayat jiwa kau.
ader fb tak weyh.bia aku nak add