Thursday, December 23, 2010

Hello, hati.

Hello, hati.
Apa masih ada lohong didada?
Apa tak bisa disumbat bahagia?
Apa tak boleh dibalut gembira?

Hello, hati.
Apa tak jerih berduka sentiasa?
Apa tak muak dimaki dihina?
Apa tak jelek dihentam segala?

Hello, hati.
Apa tak serik ditolak ditepis?
Apa tak perih dibuang disisih?
Apa tak letih ditujah diludah?

Hello, hati.
Bercukuplah.
Berhentilah.
Sudah-sudahlah.


Tentang betapa kuatnya hati kita menerima segala macam jenis celaka yang menimpa. Dan sejauhmana hati itu bisa bertahan lamanya. Setiap satu daripada kita adalah pejuang yang rakus mencari bahagia sedangkan tak tersedar dek kita betapa hati kita adalah laskar yang terpaling setia disisi kita. Tak kira duka, apatah lagi bahagia. Maka pujuk ia untuk bersudah, kerna ia juga pasti telah lelah.


Dyra J.

Tuesday, December 7, 2010

Pelosok.

Aku mau,
Tapi aku tak mampu.
Ada saja alasan.
Ah lupa ke?
Aku anak yang digelar jalang yang punya seribu alasan,
Iya bukan?

Aku mau belajar semua setiap satunya,
Tapi siapa gurunya?
Mana tempatnya?
Bila waktunya?
Ahhh, jangan main gila!


Cukuplah kalau aku katakan yang aku punya ruang di pelosok jiwa aku yang teristimewa untuk seni itu, pejuang-pejuangnya dan apa saja dalam lingkungannya. Cukuplah. Pentas, kita kekasih gelap sampai bila-bila.


Dyra J.

Sunday, December 5, 2010

Anak yang dipanggil, jalang.

Aku ini anak yang katanya menjalang,
Dipesan tak terkesan,
Disuruh ada saja diberi alasan.

Aku ini anak yang pada mata mereka jalang,
Keluar merayau merata jalan,
Didepan naif dibelakang setan.

Aku ini anak yang dipanggil jalang,
Baik tak kena,
Jahat diperbesarkan.

Dan untuk apa aku cuba untuk lagak baik dimata mereka?
Dan untuk apa mencanakkan usaha kalau yang ternampak hanyalah buruk laku kau saja?
Aku ini ibarat pelari pecut yang saat picu pistol dilepaskan, mula berlari.
Berlari mengejar pelari yang semua sudah tahu,
Tarafnya di peringkat dunia.

Aku ini tak akan bisa,
Tak akan merasa,
Tak akan tahu rasanya,
Betapa seronok menjadi yang di tempat pertama.
Yang kejayaannya dipuja,
Yang kisahnya dicerita semua,
Yang semua mahu jadi sepertinya.

Ah begok, bukan?
Mencuba menjadi engkau yang bukan engkau
Sedangkan kau tahu bahawa kau tak mampu.
Dan lebih teruk,
Tak ada yang sedar semua tu.

Maka aku biarkan saja,
Aku berhenti berusaha,
Dan aku biarkan dipanggil apa saja,
Kerna itu aku selayaknya.


Panggil aku pengecut, kata aku putus asa. Apa saja. Kau akan tahu apa rasanya nanti bila satu hari kau mencuba menjadi yang baik dimata keluarga, pulangan bagi kau adalah kau dicaci dihina sedangkan kau berhadapan dengan orang yang kau paling pandang mulia, paling kau mahu jumpa bila kau pulang dari singgahsana sarjana. Tengok jauh mana kau boleh diam dan telan semua. C'mon, panggil lah aku pengecut. Panggil.


Dyra J.

Saturday, November 13, 2010

Sedang aku tak kenal aku,

Kau tak akan pernah kenal aku,
Jadi mahu apa kamu?

Aku mungkin sundal,
Siapa tahu?

Aku mungkin jalang,
Siapa tahu?

Aku mungkin pendosa,
Siapa tahu?

Sedang aku tak kenal aku,
Sedang aku mencari raksa jiwaku,
Dunia dengan rakusnya menghukum,
Menghentam berdentum-dentum,
Hukum.
Dentum.

Kamu perlu tahu yang bukan saja kamu,
Aku juga tak kenal aku.
Maka usahlah ditanyanya aku,
Maka janganlah dipersoalkan padaku,
Kerna sedang aku tak kenal aku.


Bila ditanya tentang diri, lidah aku kelu, otak aku mula membeku. Dan disitu aku sedar, yang aku sendiri tak kenal aku. Maka usahlah gigih mengenal siapa aku. Maka usahlah jerih menghadam bahasaku.


Dyra J.

Tuesday, November 9, 2010

Kenapa tak dimatikan saja,

Langit hari ini dilihatnya mendung,
Awannya saja tampak seperti terlalu sarat untuk dikandung,
Habis digugurkan semuanya,
Dibiarnya basah segala,
Dibiarnya layu semua.

Kenapa tak dimatikan saja rasa ini?
Biar tak tergusar,
Biar tak bergetar.

Penat.

Apa terlalukah aku meminta untuk dibuang rasa dijiwa?
Aku mahu hati aku dimatikan,
Supaya hati ini tak sepi,
Supaya hati ini tak lagi takut sendiri.

Apa terlalu?
Jawab aku.
Aku ingin tahu.


Tentang bosan mempunyai jiwa yang terlalu banyak rasa didalamnya. Jiwa yang membuatkan aku terlalu murah dengan airmata.


Dyra J.

Monday, November 8, 2010

Siapa kata aku marah?

Apa benda lagi yang terpaling jujur kalau bahasa jiwa aku pon kau kata itu kau punya? Mengaku itu yang kau rasa, mengaku kau yang meluah kata. Aku tak marah, cuma aku pelik. Kenapa mahu sangat mengaku sesuatu yang bukan engkau? Kenapa mahu sangat mengaku rasa yang tak pernah singgah pada engkau?

Mahu sangat jadi jiwa aku yang robek keadaannya?

Mahu sangat jadi jiwa aku yang sompek sedia ada?

Ambillah, kalau mahu sangat. Tapi jangan pernah merungut kalau kau tak dipandang orang. Tapi jangan pernah berkerut kalau tak ada siapa yang akan faham. Tapi jangan pernah mencarut kalau apa yang kau dapat tak persis apa yang kau inginkan.

Aku tak marah.
Aku tak marah.
Aku tak marah.
Aku tak marah.
Betul.

Apalah sangat ertinya puisi-puisi aku ini untuk aku marahkan orang yang mengaku itu hak mereka. Aku udah pesan, aku mahu berkongsi dengan semua. Berkongsi biarlah betul caranya. Puisi-puisi itu adalah titisan airmata aku yang jatuh disetiap lahirnya perkataan yang tak pernah mampu aku ungkapkan. Dan kau dengan senangnya mengaku itu apa yang kau rasa sedangkan aku yang bersedu sedan, mata aku yang berbentan.

Lepas ini apa? Mahu mengaku sang jiwa aku milik kau pula?



Dyra J.

Tuesday, November 2, 2010

Airmata.

Pernah kau rasa yang saat ini kau paling tak guna?
Pernah kau rasa detik ini yang kau memang patut dihina?
Dia merasakan saat ini diri dia paling corot.
Dia merasakan detik ini hati dia paling keromot.
Tak bisa berbuat apa.
Berjalan terhuyung tah kemana.
Maka dia duduk dan tersedu-sedu,
Mulutnya sedang terkumat kamit bercakap sambil dagunya mendongak tepat di langit biru.

Tuhan, aku ini tak mahu jadi batu yang kaku, tapi aku tak mampu meluah laku.
Tuhan, apa kata digantinya tempat dia sama aku?
Supaya aku tahu, bagaimananya rasa menjadi bisu walau punya suara merdu.
Tuhan, kalau permintaan pertamaku terlalu, izinkan aku minta lagi satu.
Mohon dikeringkan airmataku, supaya bisa aku sorok sedihku.


Dan awan pun berarak kelabu,
Seperti menggendong setiap titisan airmata anak itu.
Maka pesannya pada awan kelabu,
Awan, kendonglah airmata aku tanpa jemu.
Dan disetiap kepenatan kamu menggendong airmataku,
Gugurkanlah.
Gugurkan ia membasahi segala,
Dan disetiap gugurnya ia,
Tahulah kamu bahawa itu aku,
Sebenarnya.

Sunday, October 24, 2010

Hello few people, you know who you are.

Yes, I am complicated. Yet, I may be the most complicated person on earth. But I have never asked people to understand me and I don't want them to do so. Because I have these few people that no matter how hard for her/him to understand my situation, they will still say 'ye, aku faham'.

Thus you need not love word nor nice thing to realize I do need you guys badly in my life, right? Sorry for being such a bitch, we are all indeed a bitch ourself. Keep doing what you're best at and do not regret. And that I may not be with you guys all the time but notice this,

"I am with you, upside down, inside out. For good and for bad, especially for bad. I am with you guys, always."

Rock on!


Dyra J.

Friday, October 22, 2010

Dah sampai masa,

Dah sampai masa untuk diri dibela,
Dah sampai masa untuk hati dimanja,
Dah sampai masa untuk dikorek semula jiwa lama,
Diri, hati dan jiwa yang pada satu masa dulu begitu terhad.
Yang mana mahu aku hanya aku,
Yang mana layan aku cuma aku,
Yang mana cinta aku hanya aku.

Aku ini tak reti berteman,
Aku ini mahu bersendirian.
Kerna dunia ini terlalu menghukumku,
Kerna dunia ini terlalu bongkak memandangku,
Kerna dunia ini penuh tapi kosong bagiku,
Kerna dunia ini tak lagi bisa terima manusia sepertiku.
Jadi untuk apa gagah mempertahankan?
Jadi apa lagi yang mahu dirempuhkan?

Dan pergilah,
Dan berlalulah,
Aku punya aku.
Yang tak gentar dipandang liar,
Yang tak peduli dicaci dikeji,
Yang sudah punya kaki untuk berdiri sendiri,
Yang sudah tak lagi mengharap budi.

Hiduplah engkau bukan untuk mengharapkan, hiduplah engkau untuk membahagiakan, hiduplah engkau untuk menyenangkan. Kerna kecewa mana sekalipun yang kau rasa, celaka mana pun yang kau terima, kau akan terima dengan penuh rasa. Kerna kau sudah buat yang sepenuhnya, kerna kau sudah buat yang termampunya. Pedulilah apa orang kata, siapa mereka mahu mengjudisiari laku kita?


Dyra J.

Tuesday, October 19, 2010

Maka jelaslah,

Malam itu aku berteleku di bawah langit indah,
Bintang berkelip seakan tak ada penyudah.
Seperti mengerti akan sang jiwa yang resah.

Jika aku seekor burung,
Terbanglah aku menjauhimu.
Walau cedera sayapku,
Walau tiada arah tujuku,
Walau hilang tempat teduhku,
Terbanglah aku,
Menjauhimu.

Kerna kita langit dan bumi,
Kerna kita hilang chemistry,
Kerna kita tak punya apa lagi.

Aku bukan macam perempuan cantik,
Apabila duduk kaki disilangkan,
Bila berjalan dada didepangkan,
Punggung dilentikkan.
Bicaranya halus seperti udara,
Baunya macam bunga,
Bicaranya manis persis gula
Sempurna pada semua mata.

Aku pula perempuan kasar,
Yang bahasanya gila,
Yang duduknya kangkang,
Yang gelaknya lantang,
Yang bualannya tak mesra,
Yang bicaranya tak seindah tulisnya,
Yang pada semua mata,
Dia tak punya apa,
Dia bukan siapa-siapa,
Dia tak apa-apa.

Dan dia punya satu polisi,
Apa saja yang terjadi,
Bibir harus mengukir senyuman hipokrasi.
Supaya tak terpapar dek kisah yang ditangisi.

Maka jelaslah kenapa yang tahu aku cuma ketawa.


Dyra J.

Sunday, October 17, 2010

Ada sesiapa?

Dan bila ditengking, si gadis tersentak.
Mana pergi jiwa yang dikenal dulu?
Yang bila sabarnya hilang, dia masih tenang.
Yang bila marahnya datang, hanya matanya bergenang.
Dan akhirnya dia,
Dan akhirnya dia masih tenang.

Maka dikatakan si gadis yang berubah,
Maka dipakukan dalam-dalam hujah,
Bahawa diri si gadis tak lagi indah,
Bahawa hati si gadis mula berpecah.
Bersepah.
Bukan untuknya.
Tak lagi cuma dia.

Sedih bukan? Disambil lewakan oleh orang yang kita suka. Dipersoalkan tindakan oleh orang yang kita anggap jiwa. Diam bukan bererti tak senang berbual, diam kerana untuk orang yang diberikan sepenuh jiwa padanya, dimahukan beri sepenuh-penuhnya. Maka bila saja mulut terdiam, bererti aku tak bisa memberi yang sepenuhnya. Telinga hanya mahu mendengar. Bunyi nafas pun cukup lah. Ada sesiapa seperti aku? Yang setiap kali perasaan mahu dilahirkan dengan kata, bicara itu hilang entah kemana.

Haih.


Dyra J.

Friday, October 1, 2010

Biasalah, semua pernah rasa.

Rapuhnya aku,
Tak ada yang tahu.
Tak ada yang percaya.
Kerna yang dinampaknya hanya luaran,
Hanya senyuman.
Sedangkan jiwa ini berbalam,
Hati ini lebam.

Merata semua mendengar dan dengan senang berkata,
"biasalah, semua pernah rasa."

Dan semua kembali lagak seperti biasa,
Seolah tak ada apa.
Aku ini yang merasa,
Aku ini yang terseksa,
Aku ini yang sengsara.

Jangan tipulah,
Mana ada yang benar peduli,
Mana ada yang benar memahami,
Mana ada.

*air mata jatuh laju*

Aku mahu jumpa sang ibu.
Aku mahu bercerita sambil pandang muka separuh abad itu,
Tentang betapa aku rindu,
Tentang betapa takutnya aku hidup tanpa dia disisi aku,
Tentang betapa tak ada yang lagi mahu faham aku,
Tentang betapa dunia asing ini semakin asing buat aku.
Tapi aku tak mampu,
Maka aku tiupkan pada bayu,
Biar ibu tahu,
Bayu yang lalu itu,
Adalah tiupan bayu dari anaknya yang satu.

Maka mahu lagikah kau jumpa aku dan berkata,
"biasalah, semua pernah rasa".

Mahu?

Jangan,
Kerna telinga yang mendengar ini tak mampu dan tak mahu.


Dyra J.

Wednesday, September 22, 2010

Maka aku katakan yang aku baik saja,

Ampunkan aku,
Aku terpaksa menipu.
Supaya tak banyak yang keluar dari mulut aku menyucuk hati kau yang satu itu.

Aku takut.
Aku kecut.
Bila mana aku didatangi marah,
Aku takut kau akan angkat kaki
dan,
blah!

Maka aku katakan yang aku baik saja.
Sedangkan sebenarnya aku sedang berhempas pulas,
Melawan arus dalam hati yang maha deras.
Arus yang bisa membawa apa saja, yang mampu buat semuanya hanyut sekelip mata.
Janganlah,
Aku tak mahu lagi hati aku seperti yang dulu itu.
Hati yang itu batu,
Hati yang itu berhantu!
Hati itu yang buat aku hilang kau satu masa dulu.

Maka, sabarlah kau hati.
Maka, teguhlah kau berdiri.
Akan hilang arus deras itu sikit lagi.

Sikit lagi.


Dyra J.

Wednesday, September 15, 2010

Kemana-mana.

Kita mahu menangis,
Kita mahu menjerit,
Kita mahu terpekik,
Kita mahu terlolong,
Kita mahu,
Kita tahu kita mahu.
Dan selalunya apa kita tahu,
Setiap satunya dari
tangisan,
jeritan,
pekikan serta lolongan kita
Harus didengari,
Harus diberi kata-kata sedapkan hati.
Kerna kita rasa kita paling susah,
Keadaan kitalah yang paling gundah.

Bukan kita sahaja, ramai lagi diluar sana,
Yang mahu menangis,
Mahu menjerit,
Mahu terpekik,
Mahu terlolong,
Cuma mereka tak mampu,
Mereka tak mampu!
Maka kasihanilah mereka, hulurkan apa saja,
Supaya mereka yang gelandangan masih merasa berpijak di dunia,
Masih mahu meniti hari-harinya,
Masih mahu membuka mata apabila terjaga dari lena.

Aku tak berharta mana,
Aku tak mewah dengan segala apa,
Cuma aku punya secebis dari apa saja yang ada dalam dunia yang aku mahu kalian turut serta,
Berkongsi sama,
Aku tak mahu kalian hidup semberono saja,
Aku mahu kalian merasa bahawa hidup ini tak lah palat mana.
Tak lah jahat mana.
Tak lah berat semuanya.

Maka marilah,
Beri aku pegang tangan comot kalian,
Kita jalan bersama.
Kemana?
Kemana-mana.

*****************************

Entry entah apa-apa, aku rasa ini paling jujur dari aku. Aku rasa.


Dyra J.

Tuesday, September 14, 2010

Kalau masih juga mahu,

Tuhan itu maha hebat,
Jiwa yang dahulunya sesat kini sedang didakap dengan erat.

Jauhlah, usah dekat lagi.
Jauhlah, usah diganggu aku ini.

Tahukah engkau betapa aku berusaha?
Tahukah engkau betapa aku menangis seperti orang gila?
Bersedu seperti pedagang dahaga?
Dan aku melawan dunia?
Dan aku menentang semuanya?

Jauhlah, usah dekat lagi.
Jauhlah, usah diganggu aku ini.
Jauhlah, usah diporak peranda yang kali ini.

Kalau masih juga mahu,
Robek saja hati aku, jangan hatinya.
Tusuk saja hati aku, jangan hatinya.
Remuk saja hati aku, jangan hatinya.
Aku sanggupkan.
Aku relakan.
Kerna tuhan itu ada,
Tuhan itu masih bersama aku yakni hamba-Nya.

p/s: Cukuplah sampai sini, tetamu datang pulak. Potong betul!


Dyra J.

Sunday, September 5, 2010

Ruang untuk dirobek.

Dan kenapa yang disuka harus pergi begitu saja?
Dan kenapa yang dipuja tak mahu tetap selamanya?

Aku mahu kau disini,
Menghitung berjalannya hari sepi,
Menunggu mati ditempat yang kita sendiri tak pasti.

Kerna kita orangnya tak punya apa,
Maka kita harus berpegang setia,
Kita cuma punya kita.

Dan kenapa kau mahu lari?
Dan kenapa kau mungkiri janji?

Kita kan mahu bersama melawan dunia yang kejam akan kita,
Kita kan mahu berpegang tangan menjadi tembok sesama kita,
Kita kan punya pedang yang hanya kita tahu bisa membelah setiap satunya,
Kita mahu dan kita punya semua dalam alam yang kita sendiri cipta.
Jadi kenapa kau tegar meninggalkan semua?
Dan biar aku seorang saja didalamnya?

Hati aku ini,

*tumbuk-tumbuk dada*

Hati ini dah tak punya ruang untuk dirobek!
Ia sudah terlalu sempit untuk ditusuk,
Ia sudah terlalu sendat untuk diremuk.

Maka pergilah,
Maka berlalulah,
Aku masih disini,
Berpegang sendiri,
Kerna aku akan usaha mencari saki baki ruang hati.


Dyra J.

Thursday, September 2, 2010

Kerna aku perempuan gemuk yang buruk,

Aku ini ibarat picu,
Ditarik meledak,
Dipetik menembak.

Ya, aku gemuk!
Ya, aku buruk!
Dan ya kau, kau cantik segala.
Dan ya kau, kau hebat semua.
Tapi kau dan aku sama,
Kita bukan sempurna.
Kerna kita bukan yang di atas sana.
Yang mendengar setiap rintihan hamba-Nya.
Dia maha sempurna.
Dia punya semua.

Aku tak mahu jadi seperti kamu,
Yang mendabik dada bercerita,
Yang bermegah dengan fizikal luarannya,
Yang akan mati jika tidak dipuja,
Yang bila tak dijulang akan dahaga.
Biarlah, biarlah aku gemuk.
Biarlah, biarlah aku buruk.
Ya, kerna kau selalu gelar aku begitu,
Makanya ya, aku mengaku.
Mahu apa lagi kamu?

Satu hari nanti,
Akan aku bisikkan pada kamu,
"Aku maafkan kamu."
Kerna aku perempuan gemuk yang buruk,
Yang masih punya secebis hati letaknya jauh terperuk,
Yang masih tersimpan elok.


Dyra J.

Tuesday, August 31, 2010

Aku suka lelaki itu,

Aku suka lelaki itu,
Kemejanya lusuh,
Tak berbasuh.

Aku lihat lelaki itu,
Wajahnya kaku,
Tubuhnya lesu.

Lalu aku dekati dia,
Dan bertanya,
“Bikin apa kau disini?”

Dengan perlahan jawabnya dia,
“Aku suka perempuan itu,
Seluarnya lusuh,
Mungkin tak terasuh.
Tapi jiwanya terang sungguh,
Bagai ada yang menyuluh.”

Perempuan mana?
Aku tak nampak apa,
Aku tak nampak siapa.

Perempuan itu,
Yang suka merapu,
Yang tak reti diam membisu.

Perempuan mana?
Kau jangan buat gila.

Perempuan itu.
Itu,
Dia kini didepan aku.

Dan kata siapa lelaki yang luaran tak seberapa takkan ada yang suka?
Dan kata siapa perempuan yang tak punya rupa tak punya pujangga setia?
Kata siapa?


Dyra J.

Monday, August 30, 2010

Aku ini perempuan gila.

Dan untuk kali ini,
tangan yang selama ini menggenggam, dilepaskan.
Segala penantian,
Segala ketakutan,
Segala tangisan,
Dibiarkan berjalan keseorangan.

Dan tiba satu hari,
aku ini yang kau biar sendiri tak lagi berperang mati.
Aku masih disini.
Cuma tak lagi menanti.
Cuma tak lagi menyepi.
Cuma tak lagi sendiri.

Lantaklah, aku nekad.
Sebelum hilang satu-satunya,
Sebelum hati berpaling durjana,
Sebelum mata tak lagi melihat apa,
Lantaklah,
aku nekad!

Aku ini perempuan gila, yang tak punya apa-apa.
Kau arjuna sempurna segala, masakan kita boleh bersama.
Aku hanya punya seperca kata,
Aku hanya punya secebis jiwa,
Aku hanya perempuan gila.
Dan janganlah kau bentak bila aku mengenang,
Dan janganlah kau teriak bila aku bergenang,
Aku hanya perempuan gila,
Yang hanya punya seperca kata,
Yang hanya punya secebis jiwa,
Kau arjuna sempurna segala.
Kita berbeda.
Beda.


Dyra J.

Monday, August 23, 2010

Terlalu cinta.

Arjuna dan juwita yang lantang jiwanya adalah manusia yang bagi aku paling,
paling sempurna.
Sungguh.
Aku mahu renggut jiwamu.
Aku mahu rangkul katamu.
Aku mahu.

Mana mungkin aku berpaling dari dunia ini,
yang dalamnya bernafas ribuan jiwa muda,
yang gila meluah kata,
yang punya bahasa jiwa,
yang sungguh aku terlalu,
terlalu cintakannya.

Maka janganlah kau berhenti menconteng dinding dunia dengan puisi,
Maka janganlah kau biarkan dunia terkubur tak berisi,
Aku masih disini, menanti dengan sejati.
Aku masih disini.


Dyra J.

Tuesday, August 17, 2010

Hai.

Sret..Sret...


Bunyi selipar diseret kaki sang empunya. Makin dekat, rapat. Terpacul satu susuk depan mata, familiar.


"Hai." Susuk itu menyapa.


Aku ternganga. Seperti baru sudah melihat orang mati bangkit daripada kubur.


"Hai."


Ulangnya dengan suara sedikit kuat. Suara sama yang aku jamah sebelum tidur tiga tahun dulu.


Aku bersuara,


"Hai............."


makin lama makin menjauh suara aku, meninggalkan susuk itu.


Aku lari! Memboloskan diri. Dulu, itu saat yang aku tunggu. Bila tiba masa itu, aku kaku. Aku bisu. Aku hanya berdaya untuk berlari, macam pemimpi yang dikejar halusinasinya sendiri.

Andainya kau tahu, aku sebenarnya sudah berhenti menunggumu saat aku paksikan jiwa aku kembali pada jiwa yang satu itu. Dan andainya kau tahu, jiwa yang satu itu tak jemu merayu. Dan atas dasar cintanya aku pada jiwa yang satu itu, dan atas dasar meruapnya benci aku untuk menunggumu, aku paksikan jiwa aku. Hanya untuk jiwa yang satu itu.

Jiwa yang satu, pedulilah orang kata saya mengemis kasih, saya menagih rasa, saya gila, saya buta. Saya cinta anda!


Dyra J.

Tuesday, August 10, 2010

Tuhan kirimkan.

Tuhan,
Akhirnya kau kirimkan jua dia.
Untuk aku menambah kekurangan segala,
Untuk aku menadah bahagia,
Untuk aku bebas kemana.

Tuhan,
Lama sudah aku menunggu,
Tanpa jemu.
Tanpa lesu.
Kini aku bisa menghambur rindu.

Tuhan,
Terima kasih.

Selamat perut bergendang. Selamat terlepas sahur. Selamat buat muka lapar. Selamat pergi bazar. Selamat mengawal nafsu. Selamat berterawih. Selamat makan moreh. *yang terakhir paling aku suka*

p/s: Mesti semua tertipah ingat entry mantan-kekasih-pulang-ke-pangkuan. Kalau tak ingat macam tu, mesti ingat jugak. Siapa suruh baca, ini blog diktator. Muahaha. Selamat berpuasa lah!


Dyra J.

Monday, August 9, 2010

Digelar suka-suka.

Apa rasanya ya?
Mengata orang tak tentu hala.
Mengeji dia yang tak salah apa.
Menuding jari penuh makna.

Tak ada sekelumit rasa kah dalam hatimu?
Yang dia itu tak lagi mengatamu.
Yang dia itu tak lagi mengejimu.

Tapi engkau,
Engkau!
Asyik saja mengata.
Asyik saja mengeji.
Asyik saja menuding jari.

Kenalkah engkau siapa dia?
Tahukah engkau mana asal usulnya?
Fahamkah engkau isi hatinya?

Jangan,
Jangan jadi hakim hidup dia kalau engkau tak kenal undang-undang hidupnya.
Jangan,
Jangan jadi sebaldi air kalau engkau tak pernah lihat marak apinya.

Dia biasa saja.
Cuma dia pantang digelar suka-suka.


Dyra J.

Thursday, August 5, 2010

Kita punya kita-kita.

“Kalau aku bagi kau pilihan, antara si celaka dan si sempurna, mana yang kau pilih?”

Jawab aku,

“Bagi aku, berkawan dengan si celaka lebih baik. Lebih molek. Tahu kenapa? Si celaka tak cukup sifatnya. Sebab dia celaka. Tapi, dia jujur. Dia luhur. Macam mana namanya, macam itulah sifatnya. Dan dia sedar siapa dia, dia si celaka yang tak ada mahu mendampinginya.”

Ujar dia lagi,

“Kenapa kau tak pilih si sempurna? Apa kurangnya dia?”

Aku menarik nafas dalam, lalu berkata,

“Berkawan dengan si sempurna banyak songehnya. Untuk apa berkawan dengan si sempurna? Supaya dapat bermegah sentiasa? Supaya dijunjung serata dunia? Supaya dikenal oleh semua? Ah, itu semua busuk! Macam sandwich dalam plastic yang kau biarkan seminggu tak diusik. Baunya tengit! Kah kah kah!”

Lalu bersuara lagi aku, kini sebagai penanya.

“Kau rasa sempurna itu segala? Apa kurangnya kita? Yang serba tak ada, yang punya banyak cela, yang hanya tahu melontar suara jiwa setiap kali berkata-kata.”

Diam.

Dia diam. Dan aku memandangnya, senyum.

“Tapi kita punya kita-kita.”

Bisik aku, lalu berlalu.


Dyra J.

Friday, July 30, 2010

Aku punya dunia kecil.

Aku punya dunia kecil,
Kerdil.
Di dalamnya serba tak ada,
Tapi terpasak satu jiwa.
Jiwa si anak yang bahagia walau hanya penuh berisi cela.
Yang mainannya adalah duka.
Yang temannya adalah sepi.

Dan dalam dunia kecil aku,
Aku tahu masih ada yang berdiri megah dan berkata,
“Hey, dia kawan aku.
Walau buruk mana dia,
Walau bingit mana dia,
Walau serba tak ada,
Aku cinta dia.”


Kepada kita-kita yang masih berada di sisi, pesan aku tak pernah lari. Aku cinta kalian. Dengan izin tuhan, cinta kita hanya terhenti saat kita dipisah mati.

p/s: Maaflah ruang hapdet penuh dengan cerita merapu aku, aku rindu.


Dyra J.

Wednesday, July 28, 2010

Pedang sakti.

Maka jika ada yang mencaci, biarlah.
Maka jika ada yang mengkeji, lantaklah.
Maka jika ada yang mentertawakan, pedulilah.

Kita punya pedang sakti.
Melibas maki,
Menyelar caci,
Membelah hati.

Tak semua punya pedang sakti seperti kita,
Yang hanya berupa kata-kata,
Akan ada yang,
Menelan rasa,
Diracun bisa,
Dipunah binasa.

Kita adalah pahlawan kata-kata,
Kita adalah hero sesama kita.

Maka jika ada yang
Mencaci,
Mengkeji,
Dan mentertawakan,
Teriaklah,

"Aku punya pedang sakti,
Melibas maki,
Menyelar caci,
Membelah hati.

Kalian pasti akan,
Menelan rasa,
Diracun bisa,
Dipunah binasa, celaka!"

Maka berlalulah dia dari situ,
menyanyi lagu yang dia putar berulang-ulang di setiap hari-hari celakanya.


Dyra J.

Saturday, July 24, 2010

Hembuslah, aku tunggu.

Izinkan aku bisikkan pada bayu dingin malam itu,
Bahawa,
Aku mahu kau dakap aku.
Aku mahu kau rangkul aku.

Datanglah segala perit,
Mampirlah segala sakit,
Aku seru kamu.

Maka datanglah sang perit dan si sakit.
Ditanya mereka,

"Mahu apa kamu?"

Lalu jawab aku,

"Aku mahu sang pujangga aku yang dulu."

Yang saat datangnya kalian berdua,
Dia ada dan menjerit murka.
Marah akan sang perit dan si sakit yang mengganggu hidup srikandinya.

Mana pergi dia?
Bahagiakah hidupnya?
Masih diganggukah tidurnya?
Terjejaskah pelajarannya?

Untuk mantan peneman jiwa, jika kau terpandang secebis luahan rasa ini maka hembuslah pada angin malam yang dingin tiupannya bahawa kau masih ada cuma tidak untuk aku. Hembuslah, aku tunggu.

Dyra J.

Friday, July 23, 2010

A slippery road.

Air mata aku mengalir deras,
Aku tewas!
Aku mula lemas,
Lemas dalam lautan manusia yang aku tak kenal siapa.
Yang aku tak tahu hati budinya.

Saat ini,
Aku rindu wajah bunda.
Aku rindu marah herdiknya.
Aku rindu bergelak tawa bersama.
Aku rindu memperikan segalanya pada dia.
Aku rindu.
Aku rindu.
Aku rindu!

Maka datang pula ingatan aku pada si penyumbang duka.
Masih terngiang-ngiang di telinga,
Dengan suara yang aku tak akan pernah lupa,
Bila masa saja aku berduka,
Kau dengan lembutnya melontar kata,
“Kuatkan hati, wahai cinta.”

Kuat.
Untuk apa kuat?
Terbelahnya kekuatan aku saat ini semuanya disebabkan perit jerih aku untuk bertahan.
Maka wajarkah aku lagak kuat dan bertahan lagi?
Wajarkah?

Duduklah aku disitu,
Diam dan berteleku.
Memerhati manusia yang asyik dengan hidup mereka.
Ada yang mahu bersuka ria,
Ada yang nampak bersahaja.
Ada yang tak peduli apa.

Di sudut satu lagi, duduk seorang lelaki.
Kusut mukanya.
Kerut dahinya.
Apa dia seperti aku?
Yang masih merindu kisah dulu?

Bunda, tolong aku!
Anakmu separuh mati.
Mati!

Dyra J.

Wednesday, July 21, 2010

Eternity.

Apa harus aku biarkan saja diri ini selesa?
Selesa di tempat asing yang tak ada manusia kenal aku siapa.
Yang tak ada manusia tahu aku bagaimana.
Yang tak ada manusia nampak apa aku rasa.
Bukankah duka itu peneman setia?
Bukankah sepi itu raja segala?

Ah!
Manusia apa aku ini?
Takut pada keselesaan.
Senang dengan keperitan.

Banyak kali aku bilang pada semua,
Aku takut pada keselesaan.

Ya, aku takut.
Takut.
Takut.
Takut.

Biar aku takut,
Biar aku kecut,
Supaya aku beringat,
beringat tentang keringat yang selama ini menjerihkan!
Keringat yang selama ini melelahkan!

Sejak aku punya teman bernama duka,
ramai yang mahu berkongsi rasa.
Ramai yang meluahkan cinta.

Cinta si penduka-penduka.

Wahai penduka,
Aku cinta kalian!
Kita bersama.
Kita adalah peneman duka sesama kita.
Kita juga adalah ubat penyembuh luka untuk hati kita.

Dan kau duka,
Aku cinta kau selamanya.
Jangan kau pergi dek kerana selesa.
Kerna selesa itu sementara.
Duka itu bagi aku,
selamanya.

Eternity.

Dyra J.

Wednesday, June 30, 2010

Hari ini Julai satu.

Di tempat yang satu itu,
duduknya seorang budak gemuk yang sedang berteleku.

Hari ini Julai satu,
aku masih di situ.
Di situ.
Di tempat yang satu itu.

Apa aku masih menunggu angin yang sama,
menyapa?
Apa aku masih menunggu si celaka,
tiba?
Apa aku masih kuat untuk terima,
dia sudah tak ada?
Apa hati aku tak penat,
untuk lagak kuat?

Matikan rasa ini cepat,
bangsat!

Datang pada aku dan pekik di telinga aku,

"aku tak lagi mahu kamu. Tak mahu!"

Dan aku dengan sompek dan robek hati,
pasti akan berlalu pergi.
Pasti.
Pasti.
Pasti!

Dan hari ini Julai satu,
aku masih di situ.
Di situ.
Di situ.


Dyra J.

Monday, June 28, 2010

Sang penanya.

"Pandang situ. Lu rasa gua ini bintang yang mana satu?"

Diam.

"Lihat sana. Lu rasa gua ini awan yang mana?"

Diam.

"Lu dengar gua?"

Diam.

"Lu rasa gua?"

Diam.

Muncul angin yang ditunggu sang penanya, akhirnya. Lalu, dibisiknya ke telinga sang penanya yang seakan teruja.

"Kau bintang yang adanya tempat untukmu hanya satu dalam hati aku. Kau awan yang dengan tabahnya kandung hujan tika aku hanya tahu mencelakakan segala kesungguhan. Aku dengar setiap apa yang kau bicara tapi aku hilang tutur kata walhal hati aku becok berbicara.

Rasa?

Apa itu?"


...dan angin yang di tunggu sekian lama itupun bertiup pergi menyusul senja.


Dyra J.

Sunday, June 27, 2010

Aku perlukan kau, celaka.

Hingga hari aku hampir terbang,
bayang kau tak datang datang.
Hati aku menangis hiba,
aku perlukan kau, celaka!
Mampir kehadapan aku,
tolong aku sesuatu,
ungkapkan ini pada aku.

"Kau kebanggaan aku,
adanya engkau menghalau hantu yang asyik saja mengacau mimpi aku,
aku bahagia pernah punya engkau,
dahulu."


Tolong, ungkapkan ini untuk aku.
Dan aku akan terus berdamping dengan mu.
Serius!

Aku perempuan yang celaru jiwanya,
ungkapan saja sudah cukup buat jiwa aku berbunga,
hati aku terang bercahaya,
mata aku berkaca.
Aku senang percaya,
aku mudah dimanipulasi kata.

Aku betul-betul dah nak pergi,
sungguh engkau tak peduli?

Jawab lah celaka,
jawab!

Khabarkan semua,
hamburkan segala.
Aku ada,
aku ada,
aku ada.


Dyra J.

Thursday, June 24, 2010

Untuk kalian yang bergelar,


Apa guna bersahabat jika hipokrasi menggoyahkannya?
Apa guna berjanji sehidup semati jika kata menghancurkannya?
Maki hamun cerita basi sentiasa terngiang di telinga.
Ah persetankan apa yang dulu mereka kata,
kisah kita bukan mereka yang cipta.

Bangkit, jika terlena.
Dan aku pasti akan ada,
saat kalian terluka,
saat kalian terseksa,
saat kalian berduka.
Bahu aku ada,
telinga aku ada,
jiwa dan raga aku ada.
Sedia untuk mengubati segala.
Kerna setiap sukarnya masa yang kalian rasa,
jiwa aku sedia berjasa.

Ingat,
ceritera yang kita redah bersama dalam erti mencari makna akan besar impaknya jika salah seorang bermuram durja, menarik muka.

Dan ingat,
jangan biar kisah kita dinoda.
Ia milik kita,
walau hanya untuk sementara.

Semoga, kisah kita tak terkubur seperti kisah-kisah sebelumnya.


Untuk kalian yang bergelar teman jiwa, kalian tahu siapa kalian. Ini bekalan untuk kalian, untuk masa-masa yang kalian rasa kalian perlukan aku tapi aku tak ada disisi, rujuk titipan ini. Dan harapnya, kalian tahu apa rasa aku terhadap kalian. Moga tuhan terus menjaga kalian yang aku gelar,

teman jiwa.

Dan juga sedikit shout out untuk kawan alam maya yg sentiasa sokong aku apa adanya, Ani, Syafiq Saifullah, Noh, Eima, Sloeko, Wafi, Zarok, Mosyukiborhan, Ana, Shemmi, Desy, Syazwani Ramzi, Kifa, Izwan Omar, Wannh, Sesumpah, Myrawr, Mimie Avaa dan semua yang pernah meninggalkan jejak mahupun silent reader. Terima kasih! Kalian yang terbaik!


Dyra J.

Perihal hati.

Hati,
kita kuat, kan?


Hati,
kita tak kosong, kan?


Hati,
kita kental, kan?


Aku omong sama hati, aku pujuk ia.


Hati, sudahlah.


Tak penatkah kau?
Tak jemu kah kau?
Tak lobos kah kau?


Mana dia hati yang kau tanya?
Mana pergi?


Sayup, dari lubuk yang terpaling dalam, aku cuba dengarkan...


*sepi*


**********************************************************************


Hati itu sudah mati.



Mati!


Dyra J.

Wednesday, June 23, 2010

Jiwa yang telanjang.

Gua yang sebenarnya sering ditanya,
dia di mana?
Ada, dia ada.

Damping gua saat gua ada bersama teman-teman jiwa.
Gua gelak sekuat rasa,
gua sengih sampai telinga,
gua pakai baju yang mana ada,
gua sarung seluar yang tak lalu dipakai jiwa muda.
Semuanya sebab gua terlalu selesa,
dengan mereka.

Gua pasti, permulaan di tempat baru nanti,
gua akan masuk dalam satu zon.
Gua akan terbawa oleh emosi,
gua macam bom yang tunggu diletupi.

Gua pasti,
gua pasti,
gua pasti.

Tapi gua dapat rasa, kali ini rasanya beda.
Gua akan ada dalam zon itu dalam masa yang agak lama.
Ah, peduli lah!

Bak datang!


Dyra J.

Tuesday, June 22, 2010

Udah telat.

Dia bicara kasar dengan fantasi hari ini.
Di tengah-tengah kota, ditengkingnya fantasi.
Diusungnya realiti.

Dia bilang fantasi itu teman akrabnya.
Mana mungkin ditengking?
Mana bisa dicerca?
Kali ini kau wahai fantasi,
pergi tinggalkan dia sendiri lagi.
Remuknya hati,
kau tak pernah peduli.

Oh ya, dia lupa.
Diri dia tak punya apa-apa.
Sekadar punya jiwa,
itupun caca merba.
Dia anak gelandangan,
yang punya banyak angan-angan.
Dia anak gelandangan,
yang tak punya ramai teman.
Saat ini dia pasti jerih,
dia pasti letih.
Dia bisikkan pada si palat,

"ENGKAU UDAH TELAT.
AKU AMAT PENAT,
DAN AKU DAH LAMA SESAT.
PULANGNYA ENGKAU BUAT HATI AKU BERTAMBAH CACAT."

Dan dia, adalah saya.


Dyra J.

Sunday, June 20, 2010

Dan kini,

Aku sudah ada tempat untuk berdebat. Cuma...

Aku ingin,
aku pingin.

Aku ingin dan aku pingin perikan pada kau, aku kini mahasiswi kontrak kerajaan di kepulauan Borneo. Hikayat yang sama jadinya pada kau waktu dulu dan kau perikan pada aku satu persatu dengan nada bahagia tetapi segan silu.

Saat aku terima tawaran itu, hati aku berdegup laju, meminta sesuatu.

Aku mahu kau tenangkan aku, saat mulut kejam menembak hati kosong ini.
Aku mahu kau genggam tangan aku, dan bisikkan pada aku engkau ada disisi.
Aku mahu kau jerit lantang dengan suara girang yang kau bangga dengan aku ini.

Tapi siapa aku mahu meminta-minta.

Dan kini,
aku seekor burung.
Bebas terbang setinggi mahu.
Bebas terbang kemari kesitu.
Tinggallah engkau bersama kawanan anjing kurap,
yang hanya tahu berfikir korup!
Menulis belakang sesuatu, senyap.
Menyorok dibalik sesuatu, perap.

Kini aku kisahkan semua, hikayat dongeng Dyra ada juga realitinya. Sekarang kita lihat siapa yang kemana. Sekarang kita tengok apa yang terpampang depan mata.

Terima kasih, Tuhan. Terima kasih!


Dyra J.

Thursday, June 17, 2010

Bayangan fantasi.

Aku mimpi akan kau tadi pagi. Kau datang dan kucup rambut aku yang tak pernah tersisir rapi. Kau kucup, dan kau tenung aku. Dan kau kucup lagi, acap kali. Aku sedar, tapi aku hanya membatukan diri. Aku gusar kalau bayangan kau akan pergi saat aku hidupkan diri.

Dengan lembut kau bisik di telinga aku belah kiri,


"Sayang, aku dah nak pergi. Jaga diri."


Aku tersentak, aku tersedak. Kau dah pergi. Tapi kenapa bayangan kau juga harus ikut sekali? Aku hanya mahukan kau ada untuk aku dalam fantasi, kerana kau bukan punya aku di alam realiti.

Malam ini mahu aku bisikkan pada bayangan mirip kau ketika berfantasi,


"Sayang, jangan pergi lagi. Aku belum puas merengek geli, aku belum puas memecah sepi. Kalau juga kau mahu pergi, tolonglah, jangan pernah kau kembali."


Setiap kali aku takut, setiap kali aku kalut, nama kau aku sebut. Dan hanya pada bayangan kau aku berpaut.


Tuhan,
jangan rentap bayangan dia.
Benarkan ia jadi milik aku,
selamanya.


p/s: Untuk lu, lu dan lu semua yang lagaknya bijaksana dalam meneka apa yang gua rasa, hentikanlah. Moga dengan lagak celaka kalian bisa memakbulkan gua punya permintaan. Dan moga dengan izin Tuhan, akan ada sesi pembalasan.


Dyra J.

Wednesday, June 16, 2010

Si bodoh.

Berhentilah, lagak lu dah serupa si bodoh yang tekun belajar mengeja, tidak lancar membaca, salah dalam mengira. Percaya cakap gua, si bodoh itu lebih bernilai maruahnya daripada lu yang tak habis-habis menyerang manusia hasil entrepretasi luaran semata.

Kerana percayalah, si bodoh itu gigih berusaha bersengkang mata membuang jauh perkataan bodoh daripada ekor matanya.

Perkataan bodoh yang dia sendiri tak tahu apa ertinya.
Perkataan bodoh yang dia sendiri tak tahu mana datangnya.

Tapi lu, lu jauh beza darjatnya daripada si bodoh segala.

Yang lu hina tak tahu mengeja.
Yang lu kutuk tak tahu membaca.
Yang lu menganjing tak tahu mengira.

Si bodoh itu beribu batu lebih penuh otaknya. Kerana,

dia mengenal manusia dengan jiwanya.
Dia mengenal manusia dengan lakunya.
Dia mengenal manusia dengan bicaranya.

Asal lu tahu, semua ini kerana dia,

tak pandai mengeja,
tak bisa membaca,
tak daya mengira.

Mengeja, membaca dan mengira tiap apa yang dilontarkan oleh pemikiran dan hati busuk anak Adam dimana dalamnya penuh dengan iblis yang sedang sibuk,

bersorak sakan tanda kemenangan!

Asal lu tahu, si bodoh itu ialah gua.


Dan...






Lu adalah iblisnya!

Tuesday, June 15, 2010

Secebis nota jiwa tatkala petang menjelma,

Moga aku bisa menitipkan kata-kata seperti emak titipkan dalam buku thesis dia suatu hari nanti. Dan moga, aku punya teman jiwa seperti abah yang menemani emak,

di setiap hari celakanya,
di setiap hari banjirnya air mata,
di setiap hari laparnya,

dalam mendaki segunung cita-cita.

Emak dan abah sentiasa bersama. Dan hingga kaki mereka menjejak varsiti, mereka jatuh dan bangun, gelak dan menangis, bersama.

Moga bakal teman jiwa aku tak sesat dalam perjalanannya. Kerana aku ada, sabar menunggu dia.

Oh ya, ini notanya. Secebis nota yang bisa meruntun jiwa.




p/s: Aku akan usahakan juga walau susah mana, walau apa cara. Aku akan usaha. Varsiti, tunggu aku! IPTA atau IPTS belakang kira. Yang penting ada.


Dyra J.

Monday, June 14, 2010

Aku cuma...

Kau tahu, kita tahu, cinta kita berdua tak akan ke mana. Tapi aku percaya, cinta yang ada dalam diri kita, tak perlu kisah bahagia. Pergi mampus dengan mereka yang rasa dengan adanya sempurna, mereka bahagia. Ruang yang selama ini aku minta, ada tersergam indah depan mata. Cuma aku tak percaya. Maafkan aku pujangga, aku anak begok yang dimanipulasi keadaan. Malam hari ini, aku bawa diri. Jauh dari bayang kau, pujangga. Aku pingin lihat engkau bahagia.

Ah, aku beromong kosong ibarat aku masih punya si dia. Sudahlah. Aku tak sesal, aku tak kesal. Aku cuma, cuma....



*tak ada siapa yang tahu*



Dyra J.

Jantan.

Shit! Aku perlukan jantan juga sebagai teman bicara. Shit! Shit! Shit! Mana dia jantan yang sudi berkongsi ragam hasil daripada hari-hari celaka? Mana dia? Aku tak mau jantan yang tak berani tempuh hari-hari celaka yang aku lalu bersama. Sebab itu bukan jantan, itu ayam. Mana dia?

Mana?

Mana?

Mana?

Ah, aku rindu yang ada di Mekah sana. Cepat pulang, aku rindu sembang bohong dengan engkau, kawan!


Dyra J.

Entry tauhu sumbat,

Sumpah hidup gua sangat fucked up sekarang. Gua rasa orang yang ada dalam hidup gua sekarang ada lah dua tiga ketul je yang betul-betul kenal gua. Yang lain semua setakat ada dalam hidup gua, duduk sekejap dan lagak seperti peduli.

Pergi mampus dengan karma yang lu orang canang sana sini. Pergi. Gua dah tak peduli. Jatuh bangun gua sekarang, gua seorang. Bukan dengan lu yang tak habis-habis mencanang cerita kononnya gua lah gadis perosak hubungan lu waktu dulu. Waklu!

Gua punya fantasi jangan ada siapa yang kacau. Sebab fantasi kawan baik gua sekarang. Realiti sekarang dah beralih jadi musuh sejati. Gua cintakan fantasi. Tak salah gua cintakan kawan baik gua, kan? Kalau salah sekalipun, pergi mampus! Sebab yang tahu sudut mana cintanya gua akan kawan baik gua hanyalah gua dan, fantasi. Fantasy, I love you!

Oh ya, gua tersedar yang tak mati rupanya gua tanpa cinta. Dulu pernah gua bisikkan pada kawan katil sebelah kanan *sebelah kiri musuh* masa gua di bangku tingkat lima yang gua akan mati apabila tak ada lagi orang untuk gua cintai dan mencintai. Tahi! Hello, kawan. Gua masih hidup!

Pernah ada hari gua rasa yang hilangnya gua pun tak akan ada yang perasan sebab gua terlalu diam sekarang. Sepi. Tak macam dulu, gua hilang sekejap keluar daripada kelas pasti akan ada yang tanya, "kenapa semua diam, ada cikgu ke?" dan akan ada yang menyahut dengan jawapan "tak lah, Dyra tak ada." Bising begitu sekali. Ada masa gua rindu Dyra hat tu. Tapi tak boleh, gua terlalu play safe dengan orang sekeliling sekarang. Nak mingle pon harus buka kamus sosial dulu. Ah, teruknya!

Tiga empat hari lagi gua punya jantung akan menerima kejutan. Gua harap gua tak kena sakit jantung sebab gua belum mahu mati. Gua banyak salah dengan orang dan Tuhan lagi. Doakan jantung gua kuat, sila doa sekarang. Depan pc/laptop lu.

Sekarang.


Dyra J.

Sunday, June 13, 2010

Tuhan,

Tuhan,
utuskan aku burung syurga,
supaya bila mana sayapnya mengibas,
semua perangkap ketakutan diri ini terlepas.

Supaya bila mana ia mula terbang,
hati gelap diri ini kembali terang.

Supaya bila mana singgahnya ia,
bisa membubuh semangat di jiwa.

Tuhan,
kirimkan aku bidadari syurga,
menanti aku ketika lena,
meneman aku di kala duka,
menegur aku tatkala leka.

Supaya di setiap saat robeknya hati aku ini,
bidadarimu ada untuk mengasihi.

Tuhan,
aku menangis.
Aku mengaku aku menangis.
Aku tulis, dan aku menangis.
Aku cakap, dan aku menangis.
Aku fikir, dan aku menangis.
Jika memang ini prosesnya,
ya, duduknya aku masih di titik mula.

Damn! Luluh benar hati ini.


Dyra J.

Thursday, June 10, 2010

Wahai anak muda.

Sepupu gua kata, dengan apa yang dia lihat gua sekarang, dia yakin gua akan menangis bila tengok cerita LBS. Gua rasa dia betul. In fact, she's never wrong in judging me. Gua layan benda ini. Dan gua menangis.

Menangis.

Tiga kali gua ulang episod dua, tiga kali jugak lah gua menangis. Sebenarnya, cerita dia tak sedih mana pon. Tapi lagu dia. Ah, all the songs in the movie is killing me. Softly.

Wahai anak muda,
apakah engkau sedang merasa
apakah itu seksa?

Wahai anak muda,
apakah engkau menangis duka
saat aku riang tertawa?

Wahai anak muda,
apakah jiwa kau punya lohong hitam
yang seperti aku, terpendam?

Wahai anak muda,
jawablah aku,
apakah kita tersalah laku?

Wahai anak muda,
sahutlah kali ini,
apakah aku tak mensyukuri Ilahi?

Gua makin leleh. Aku makin leleh. Saya makin leleh!

p/s: Doakan gua, doakan aku, doakan saya. Keputusan offer degree makin dekat.


Dyra J.

Monday, June 7, 2010

Ketakutan.

Jiwa, sudahkah kau siap?

Beberapa hari saja lagi. Masa depan kau dicatur lagi. Apa kau tak takut dengan keputusan itu nanti? Apa kau sedia terima segalanya nanti? Beberapa hari saja lagi. Beberapa hari.

Kotak putih ajaib akan menjadi saksi, menyimpan bukti, tersusun rapi. Systematic.

Ah malam yang sepi, tolonglah bawa pergi rasa ini. Robek jantungku andai kata negatif jawapannya. Sungguh, hati aku samar. Sanggup lagikah aku bertahan dengan dugaan maha dahsyat kurniaan tuhan?

Sedang aku ketakutan, susuknya muncul dalam khayalan. Dia bisik padaku, 'jangan takut, I ada dengan you. Always sayang, always.' Aku tersentak. Sedar, susuk itu hilang. Melayang. Shit! Terkenang.

Pinjamkan aku renungmu,
Pinjamkan aku senyummu,
Pinjamkan aku tawamu,
Pinjamkan aku katamu,
Pinjamkan aku sentuhmu,
...aku takut!

Tuhan, aku berserah.


Dyra J.

Sunday, June 6, 2010

Cikgu hidupku.

Ibu itu terlalu prejudis terhadap anaknya.

Mungkinkah ada, sekelumit daripada rasa ibu itu yang anaknya tahu apa yang dibuat.
Mungkinkah ada, secubit daripada rasa ibu itu yang anaknya tak perlu lagi kit bantuan untuk membuat keputusan.

Kalaulah ibu itu tahu, anaknya terlalu menyanjunginya.
Kalaulah ibu itu tahu, anaknya terlalu mengaguminya.
Kalaulah ibu itu tahu, anaknya terlalu mencintainya.

Walau terkadang berontak jiwa,
Walau keluar tangis kecewa,
Walau pernah bermasam muka.

Mungkin anak itu salah akibat terlalu dipukul amarah.
Mungkin.

Kejap lagi,

Nak luah macam-macam. Sabaq sat!
Baby B, I'm hoooome! Rindu baby tak? Rindu kan? Kan? Kan? Rinhaktuih!

p/s: Baby B untuk Blogspot ye awak semua yang manja. Ngeh ngeh ngeh!


Dyra J.

Thursday, June 3, 2010

Kala malam,

Saratnya hati.
Saratnya jiwa.
Saratnya minda.

Aku pandai berpesan, tapi aku yang sesat jalan.
Aku cepat menegur, tapi aku jugak yang kabur.

*********************************************

Aku dengar lagu kegemaran kau tadi, aku terdiam. Aku teringatkan kau, sungguh. Aku hampir tak percaya, kau memang dah tak ada.

Tak ada lagi suaranya.
Tak ada lagi tawanya.
Tak ada lagi adunya.
Tak ada lagi amarahnya.
Tak ada lagi tangisnya.

Tak ada!

Kau dah tak ada.
Dia dah tak ada.

Aku rindu dua tahun lepas. Aku ada segala-galanya. Aku bodoh masa tu. Aku tak kenal cinta, tapi kau kenal. Kenapa kau tak ajar aku? Kenapa kau tak pernah pesan pada aku yang suatu hari aku akan faham? Kenapa kau biarkan aku tinggal kau? Dan kenapa kau putus asa saat aku sudah bersedia?

Aku rindu. Hati aku pilu. Hati aku sayu. Penting dirikah aku? Rindu kau saat aku tak punya siapa lagi? Jelekkah aku? Rindu kau saat aku tak kenal siapa lagi?

Hati aku sarat.
Jiwa aku sarat.
Minda aku sarat.

Sarat dengan semua yang aku nak luah kata, tapi kau tak ada.

Tak ada.
Tak ada.
Tak ada.

p/s: Yes, gua pathetic. Gua, bukan lu. Sekali lagi. Yang pathetic gua, bukan lu!

Haih budak...

Haih budak..Budak...
Dgn senang kau ungkap cinta
Kau tau apa ertinya?

Haih budak..Budak...
Pemikiran kau masih mentah
Kau seperti dahan rapuh yg mudah patah

Haih budak..Budak...
Kalaulah kau tahu
Hati aku masih pada yang dulu

Haih budak..Budak...
Aku tolak kau dengan lembut
Jangan lah meribut

Haih budak..Budak...

p/s: Tak perlu faham. Ngeh ngeh ngeh.


Dyra J.

Wednesday, June 2, 2010

Aku yang pilih.

Ada orang asing bertanya, 'tak penat kah kau?'

Aku diam. Tapi aku punya hati yang becok. Hati aku menjawab dengan selamba, 'mana mungkin aku tak penat.'

Aku pernah kata, aku menulis hanya bila jiwa aku meronta. Maka setiap kali munculnya tulisan aku di ruangan kemaskini, ketahuilah, jiwa aku sedang meronta. Dan sejak kebelakangan ini it happens to be, setiap masa.

Akan ada yang pergi, akan ada yang cari ganti.
Itu hak sendiri, payah nak peduli.

Aku berkecamuk, aku remuk. Aku cari tuhan dengan cara aku sendiri, jangan pertikaikan. Aku pilih jalan bengkang bengkok, untuk hasil yang lurus. Aku pilih jalan yang berlubang, supaya aku tak takut tumbang. Aku pilih jalan yang suram, agar aku tak tenggelam. Aku pilih, aku pilih, aku pilih.

Ada sesiapa nampak 'kau' disitu?

p/s: Gaza, semoga tuhan bersama kalian.


Dyra J.

Tuesday, June 1, 2010

Apa lagi ni?

Pergi mampuslah yang rasa gua pentingkan diri.
Pergi mampuslah yang pikir gua tak sedar diri.
Pergi mampuslah yang ingat gua rosakkan diri.

Tahu kenapa pergi mampus? Sebab lu orang hanya tahu,

rasa,
pikir,
ingat.

Angin. Lu orang macam angin. Bila bertiup, rasa. Bila tak bertiup, tak ada apa. Action speaks louder than words la deyy! Selagi tak ada yang berani datang dekat gua dan dengan lantangnya berkata-kata pasal hal yang lu orang rasa, pikir dan ingat, usah mimpilah gua nak peduli. Buang masa!

Gua bagitahu awal-awal, gua perlu tumpukan pada hati gua. Perlu. Cukuplah hati gua rosak, busuk dan hitam hasil daripada hati manusia-manusia yang selama ini gua pegang, gua tatang. Gua penat, jiwa gua macam orang tua.

Gua rasa palat. Gua kena khianat. Tak cukup ke alasan gua untuk rasa, pikir dan ingat lu orang terhadap gua?

Gua bahagia macamni, sungguh. Gua bahagia. Hati gua gelap, tapi minda gua terang. Lubang yang ada buat gua bahagia. Sungguh, gua manusia yang penuh cela. Tapi bahagia.

Maka dengan hanya rasa, pikir dan ingat anda, ianya tak akan memampuskan gua. Unless, rasa, pikir dan ingat itu boleh merupa. Nauzubillah!


Dyra J.

Monday, May 31, 2010

Gua tak hilang.

Gua bubuh sikit mimpi dalam bekas, tutup rapat-rapat takut masuk lipas.
Gua letak sikit gula, untuk cukupkan rasa.

Dua tiga hari ni, ramai tanya gua. 'Mana menghilang?' Hilangkah gua? Hilangkah Dyra Jalil? Yang ini gua ada jawapannya. Jawapan gua ialah...

TAK.

Gua tak hilang. Cuma, lu orang yang bertanya belum kenal gua sepenuhnya.

Gua yang dulu ada, tapi disimpan dalam-dalam seketika.
Gua yang dulu wujud, hanya kepada yang patut.
Gua yang dulu hidup, jiwanya belum terkatup.

Tapi itulah, gua tunjukkan sisi gua yang lain seketika. Gua perlukan sisi ini, supaya gua tak lupa. Dah banyak kali gua bagitau, supaya gua tak lupa.
Supaya gua tak lupa.
Supaya gua tak lupa.

Tapi tadi gua terlupa sejam dua. Shit!


Dyra J.

Jangan tanya.

Jangan tanya, gua tak ada jawapannya. Tolong. Tanyakan kepada yang lain, excludekan gua, ya?

Kalau nak sangat tanya gua, please, ask this kind of question.


Dengan senang hati gua menjawabnya.

Tapi tolonglah. Gua muak dengan soalan tentang masa depan! Gua dengan lu, sama. Kita makhluk ciptaan tuhan, homo-sapiens.

Kita rancang.
Kita berharap.
Kita berubah.
Kita tak berubah.
Kita makin teruk.
Kita bangkit.
Kita jatuh.
Dan bangkit semula.

Setiap masa, setiap hari, setiap minit, setiap detik.

Tuhan, minggu ketiga Juni sudah hampir menunjukkan diri. Bantu aku, tuhan. Letakkan aku di mana-mana tempat, asal ada bumbung untuk aku berdebat. Bantu aku, ya tuhan.


Dyra J.

Sunday, May 30, 2010

Kitaran berulang.

Lu tuding jari..
Lu maki..
Lu caci..
Lu sakit hati..
Lu lari..
Lu datang lagi..
Lu tuding jari..
Lu maki..
Lu caci..
Lu sakit hati..
Lu lari..
Lu datang lagi...

...lu ulang la sampai lebam! Jackass!


Dyra J.

Thursday, May 27, 2010

Apa? Lupa?

Rasa ini kembali. Aku memang perlukannya. Bila tuhan beri, aku tak boleh hadapi. Tak guna, manusia apa aku ni? Sakit, pedih, penat. Air suam tak putus menitis. Dan setiap satu titisannya untuk setiap ingatan terhadap kau. Ingatan itu perlu hilang, sama macam titisan air suam tu. Menitis, kering dan hilang.

Setiap hari aku tunggu, tapi kau tak datang. Mana kau pergi?

Apa lupakah kau adanya aku?
Apa lupakah kau wujudnya aku?
Apa lupakah kau akan rupa aku?
Apa lupakah kau akan suara aku?
Apa lupakah kau akan rengek gedik aku?
Apa lupakah kau akan jerit pekik aku?

Apa? Lupa? Kau? Aku?

Ah, aku yakin semua manusia inilah prosesnya. Tahan, selagi larat. Lepas, kalau dah sarat. Sungguh, kali ini memang sarat. Yes, aku lepaskan. Pada kau, ruang siber yang sarat dengan rungut ragam manusia yang tak pernah puas.

Aku suka rasa ini dan aku tak akan lupa. Sampai mampus tak akan!


Dyra J.

Tuesday, May 25, 2010

Dia.

Pukul 12 tengah hari, celik sepasang mata mirip ayahanda. Terjaga. Disekanya air mata, suam. Ah, nangis lagi bilangnya kepada hati. Apa pula kali ini? Apa?

Matanya memandang sekeliling, sunyi. Sepi.

Dia bangun, malas.
Berjalan, malas.

Kalau diikutkan hati yang jenuh memujuk, hendak saja dia kembali kepada tilamnya yang empuk. Minda pulak sibuk melaung..

'Jangan, kerja belum selesai! Jangan, kerja belum habis! Jangan, kerja belum beres!'


=====================================================


Tak guna! Gua overrated! Kembalikan ketak selesaan aku, tuhan! Aku perlukannya.

p/s: Selamat ulangtahun, semoga tuhan menjagamu sentiasa. Insya Allah.


Dyra J.

Monday, May 24, 2010

Apa saja.

Apa lagi yang kau mahu, lunatic? Tak penat kah kau? Tak jemu kah kau? Tak cukup seronok kah kau? Apa seronoknya aku? Aku ini tak ada luar biasanya. Sudah-sudahlah.

Seribu, malah sejuta soalan daripada kau boleh aku jawab, dengan jujur. Dengan keras. Dengan kurang ajar. Tapi, kau? Apa yang kau dapat? Sakit hati? Untuk apa? Untuk kau tanya soalan seterusnya yang kau tahu, jawapannya tetap sama. Menyakitkan. On and on and on.

Sudah-sudahlah.

Aku manusia, banyak cela. Banyak buruknya. Apa lagi yang kau nak, iblis? Ketawa besar kau lagakan orang ya? Tunggu, awakening day itu ada. Tak lama lagi, tak lama.

Mungkin ini karma, mungkin tidak. Apa ia sekalipun, gua masih berdiri. Di sini. Tak gentar untuk bela diri. Bring it on!


Dyra J.

Saturday, May 22, 2010

Tinggal.

Sebak. Gua bangun daripada mati sekejap, sebak. Jarang gua hidup di alam tidur, jarang amat. Gua mimpi benda yang gua rasa dalam stage hidup gua sekarang, paling menakutkan.

Gua mimpi gua ditinggalkan. Tak perlu terperinci pasal mimpi gua, cukup sekadar gua mengaku,

'Ya, gua takut ditinggalkan.'

Ditinggalkan. Gua takut sampai setiap hari gua fikir, biarlah aku yang pergi dulu ya tuhan jika engkau ingin mengambil setiap satu daripada mereka. Sebelum ini pernah gua mimpi gua penyebab kedua-dua soulmate gua tak ada dalam dunia kerana mengada gua, kerana bodoh gua, kerana seronok gua.

Takut benar gua dengan ditinggalkan sampai gua yang tak pernah hidup di alam tidur, hidup sehidupnya. Sungguh awkward.

Kalau ini balasan tuhan untuk gua kerana meninggalkan dia, gua terima. Supaya gua tak lupa yang tuhan hanya pinjamkan saja semuanya. Tuhan hanya mahu gua beringat sentiasa.

Ah, sebak. Hari ini suram dan kelam, bukan kerana hati gua. Kerana cuaca.


Dyra J.

Friday, May 21, 2010

Rasa ini.

Ah, kenapa lepas rimas dan runsing segala datang pulak selesa? Gua takut betul dengan selesa. Sebab selesa buat gua lupa diri, lupa susah yang gua dah harung, lupa perit yang gua tanggung. Shit!

Tolong gua, jangan biar gua selesa sangat. Gua mudah lupa segala, ingatkan gua selalu, ya?

Semalam sebelum tidur, gua mengadu dekat Hajwa Namirah. 'Wa, hati aku sayu. Sayu sangat.' Wawa dengan machonya cakap dkt gua 'Takpe weh, nangis je'. Kepala dia kan suruh gua menangis, penat la hati gua habis kena perah, lelah!

Tiba-tiba, *pergh gua punya ayat macam cerpen untuk adik-adik dah.* Tiba -tiba pagi tadi gua bangun tidur, senyum. Ah, untuk pertama kalinya gua senyum. Apa maksudnya ini hati? Jangan mula hati, jangan mula.

Gua sekarang setiap hari doa yang Tuhan tak akan buat gua lupa perit yang gua rasa, pengorbanan yang selama ini sia-sia, juga tangis yang selama ini peneman duka. Tuhan, jangan buat aku lupa. Biarkan ia.

Ah, emosi betul menulis hari ini. Tak mahu selesa menguasai diri barangkali.

Oh ya, tolong lah sokong mereka ini. Kerana sahabat gua ada menyertainya. Senyum. Terima kasih.


Dyra J.

Wednesday, May 19, 2010

Tiga subjek penting.

Hi! Lama dah gua tak intro dengan sopan kan? Ok terus saja.

Boleh bagitahu gua kenapa makin meningkat umur makin susah hidup? Dulu masa gua sekolah rendah, cikgu gua tak pernah ajar gua pon subjek 'dengki', 'busuk hati' dengan 'tak kenang budi'. Tiga benda ini yang buat hidup gua susah sekarang.

Ahh, subjek macamni yang gua rasa cikgu gua lupa ajar.

Cikgu, cikgu tau tak tiga subjek ini paling selalu wujud dalam kamus hidup saya? Jangan berani cikgu kata tiga subjek ini tak penting, sebab ianya lebih daripada penting, cikgu. Cikgu tahu kenapa? Sebab manusia sekarang masing-masing menjadikan tiga subjek ini sebagai subjek teras dalam hidup mereka. Dan sebab cikgu tak ajar sayalah, saya tak berapa reti nak hadap manusia macam ni dan saya langsung tak mahir, cikgu.

Cikgu tolong la pergi Kementerian Pelajaran Malaysia dan minta dia masukkan tiga subjek ni dalam silibus. Kesian adik-adik saya, dorang pasti akan jadi macam saya. Tak mahir dengan 'dengki', 'busuk hati' dan 'tak kenang budi'.

Ahh. Gua nak pergi sekolah manusia yang dengki, busuk hati dan tak kenang budi gua lah. Nak merayu jadi guru ganti, ganti cikgu yang cuti bersalin. Gua yakin dorang dulu masa sekolah top scorer tingkatan bila datang tiga subjek ni.

Bye.


Dyra J.

Manusia ini.

Kepada semua makhluk yang pernah wujud dalam hidup gua dulu, ini sedikit nota untuk lu, lu dan lu dan tak lupa lu yang dihujung sana.

Manusia ini yang kau kutuk dulu.
Manusia ini yang kau ejek dulu.
Manusia ini yang kau gunakan dulu.
Manusia ini yang kau tipu dulu.
Manusia ini yang kau pandang dengan senyum sinis dulu.
Manusia ini yang kau jatuhkan dulu.
Manusia ini yang kau lekehkan haritu.

Manusia ini yang berdiri megah dan masih berani berkata,

"Ah, pergi mampus sama lu."

Jangan pernah muncul lagi dalam hidup gua, sebab gua bukan manusia yang dulu.

Yang bila kena ejek, menangis.
Yang bila kena maki, diam.
Yang bila kena lekeh, senyum.
Yang bila kena jatuhkan, gelabah.
Yang bila kena pandangan sinis, tunduk.

Manusia yang dulu dah lama tak ada. Dah lama hilang ditelan zaman. Gua dah dewasa, tak ada lagi 'Mak, mak, tadi adik balik kena ejek. Wuu wuu.' Sekali lagi gua ulang, manusia itu telah lama hilang.

Antara semua, gua paling lancang tutur katanya.
Antara semua, gua paling keras bahasanya.
Antara semua, gua paling tak ada malunya.

Gua tak akan diam kalau apa-apa yang lu orang keluarkan dari mulut lu orang menyentuh perasaan gua. Tak akan. Kalau yang setakat 'eh dia tu belagak lah, macam bagus sangat' takpun 'eh, kau tau dia tu kaaaan *sok sek sok sek*'. Tak payah lah, yang ni gua halalkan. Sebab tak merunsingkan dan tak thrill nak layan.

Gemuk, pendek, hitam dan bising. Itu gua. Busuk hati dan tak ada perasaan, itu lu.


Dyra J.

Tuesday, May 18, 2010

Sini gua nak cerit.

Gua nak cerit sikit. Gua keluar tadi, tengok dunia. Gua ingat nak berbuka dekat luar, rupanya emak gua tipu gua. Tak apa, gua sayang emak gua. Dia tipu gua tak kisah, orang lain tipu, gua belasah.

Hi awek cun hidung kembang yang dekat sana tu, pakwe handsome rambut berkarat yang dekat tepi tu! Lu orang semua sihat? Kalau tak sihat bawak-bawak la bertaubat. Yang mana tak ganti puasa tu, ganti sama-sama dengan Wawa. Gua tak boleh, panggilan lain dah suruh berhenti.

Apa cerit lu orang sekarang ya? Kawan-kawan sekolah? Kawan-kawan Alor Star? Kawan-kawan caci maki hamun dengki sepapan dua? Baiklah hendaknya. Gua masih macamni, belum berapa recover tapi dalam proses.

Ah, sepupu gua cakap gua loser. Sebab gua kalah. Kalah dengan apa yang gua harung dua tiga hari ni. Gua mengaku gua kalah, tapi gua bangkit. Lawan sakit.

Gua rasa gua dah dewasa sekarang, tak perlulah gua menggunakan medium alam maya sebagai tempat gua berbalas cacian. Contact gua, kita jumpa dekat luar. Slow talk sama-sama. Tapi jangan ajak gua main tarik rambut macam biasa awek-awek gaduh rebut boyfriend tu, gua geli.

Oh lagi satu! Tak perlu lah lu orang nak judge gua. Gua paling kenal diri gua. Bukan nak mendongak ke langit, tapi gua tahu siapa gua. Lagipun, walaupun family gua senang, mak bapak gua tak pernah ajar gua pandang orang sambil tunjuk lubang hidung. Gua naik Bentley bapak gua makan dekat warung Ceri tepi jalan je. Sebab apak gua ajar, makan jadi tahi juga. Jadi jangan main sedap judge gua.

Memang, gua senang. Tapi gua tak memilih. Sebab asalnya pokok, daripada tanah yang subur dan dibaja dengan elok. Akarnya kukuh, mencengkam tanah supaya tak runtuh. Sama macam kita makhluk alam.

Usah takut, berdepan saja dengan gua. Apa-apa boleh ajukan dekat tempat yang gua boleh nampak dalam blog ini. Mudah kan?

Maaflah marah-marah, gua PMS.

p/s: Gua tipu je, apak gua tak ada Bentley pon.


Dyra J.

Monday, May 17, 2010

Unit rawatan rapi.

Gua rasa gua dah makin pulih, pelik kan? Semalam leleh, harini dah ber'gua lu'. Ah, jangan percaya. Emosi tak stabil boleh berubah bila-bila masa.

Satu je gua nak lu orang percaya.

Gua dah tak teragak untuk buang hati lu orang yang gua simpan bila masa lu orang berani buat salah dengan gua.

Tangan yang memegang hati lu orang dah sarat, penat!

Dan gua yakin, apa yang jadi memang ada hikmah dia. Cuma hikmah ni suka main sembunyi-sembunyi. Tak apa, gua cari sampai jumpa.

Hikmah, tunggu. Mama's coming to youuuuuuu.


Dyra J.

Lah lah lah.

Maaflah, blog gua tak seperti blog gadis-gadis lain. Suram, kelam. Lagu pon tak ada, gambar lagilah, jangan tanya.

Maaflah, gua tak rajin lihat dunia luar. Dunia gua, hanya dua ekor monyet yang sentiasa bergelak kangkang dengan gua, sebijik kotak ajaib berwarna putih, berukband dan bilik kecil yang semaknya umpama sarang babi.

Maaflah, gua masih tak mampu bangkit dan buat monyet dua ekor kepunyaan gua bergelak kangkang macam dulu. Tapi hati lu orang gua pegang, gua simpan. Sebab hati lu orang saja yang gua ada sebagai bekalan hari-hari sukar gua.

Maaflah, dalam sehari asyik gua saja yang menayang entry dalam update lu orang. Gua butuh tempat bercerita.

Maaflah, kalau gua tak rajin bersembang sekarang. Kalau bersembang pun bukan dari jiwa, buat apa? Hati dan akal perlu jalan seiring, bukan?

Maaflah, kalau lu orang rasa nak cakap 'apahal minah ni poyo sangat, chill la.' Pergi mampos sama rasa lu orang! Gua tak pernah peduli, sikit pon tak pernah.

Maaflah, maaflah, maaflah.


Dyra J.

Cukuplah.

Cukuplah entry leleh. Gua kata cukup, cukup!

Gua perlukan bahan bacaan baru. Yang keras. Boleh lu orang sarankan? Boleh? Boleh? Kalau boleh, tinggalkan tahi di bawah sana. Atau paling busuk, masukkan saja dalam kanvas bentang idea itu. Atau paling malas, tinggalkan saja di kotak 'tanyalah apa saja'.

Terima kasih!

Oh ya, gua sekarang pantang dibiar sikit. Terus alpa, jauh melayang. Kalau rajin, tegur-tegurlah gua. Gua tak makan orang, betul.


Dyra J.

Sunday, May 16, 2010

Mahu tidur.

Pusing kanan, tak sedap. Pusing kiri, tak sejuk. Ah, semak!

Kenapa perlu berfikir sebelum tidur? Kenapa tak letak kepala dan terus, dunia lain. Ah, cemburunya aku pada yang lain.

Ingatkan hujan yang basahkan bumi tuhan yang kering dua tiga hari ni mampu buat aku berdengkur. Rupanya tak, sama. Masih tak berubah.

Jangan, aku tak perlu insomnia. Aku tak ada siapa-siapa.

Angin dingin yang biasanya buat aku sedap dah hilang penangan. Pasti, ini bukan aku. Dimana kau sorokkan 'aku'? Dimana? Jawablah, aku tunggu.

Aku sedang bergelut melawan semua perasaan, sama seperti kau.
Aku tak seronok, sama seperti kau.
Aku menangis di balik gelak tawa, sama seperti kau.

Atau tidak? Ah, aku tak pasti.

Sebelum tutup mata, setiap hari, tak pernah jelik aku fikir semua yang jadi. Tak guna, aku kalah!


Dyra J.

Saturday, May 15, 2010

Banyak nak dikhabarkan.

Makin hari, makin teruk servis Blogspot terhadap gua. Izinkan aku menggunakan 'gua', terkadang aku rindu menggunakannya. Nampak lebih keras.

Ah, rindunya gua dengan kekerasan. Masa hati sedang runtuh, lembik. Sembang sikit, sayu. Tulis sikit, mencucur. Dua tiga hari ni, ini lah gua. Dekat sini lagi gua berdiri, statik. Ahh, masih aku tewas. Lain masa aku guna 'gua' ya? Sebab 'gua' tak padan dengan leleh aku sekarang.

Leleh aku sekarang seeloknya guna 'saya'.

Boooo, 'saya'? Siapa kau ni? Tak pernah kenal pun.

Aku keluar tadi, keluar lihat dunia. Jeans lusuh kotor yang hampir setengah abad tak berbasuh, baju putih sedikit comot jadi teman. Selekeh, tapi selesa. Makan tak habis, sungguh bukan aku. Penat, pedih. Tak larat angkat muka, berat.

Aku balik, tanggal semua. Duduk diam, ringan. Super selesa. Buka kotak ajaib warna putih, keluarkan bunyi. Ahh, indah. Meor - Hari-hari Autistik.

Terima kasih pada yang mencaci,
terima kasih pada yang mainkan hati,
terima kasih pada yang menghargai.

Diri ini makin kuat dengan input yang anda cucukkan. Diri ini makin rosak, juga dengan input yang anda cucukkan. Ranap, runtuh, remuk, patah, hancur, semua diri ini.

Terima kasih pengalaman, kau guru terbaik.

p/s: Semua guru, pendidik bangsa dan pendidik jiwa, terima kasih tak terhingga menjadikan aku, se'aku'nya. Puan Noor Azizah, selamat hari guru. Saya bukan anak dan murid terbaik, tapi saya masih menghargai jasa anda. Dari lahir sampai akhirat.


Dyra J.

Tiada lagi privasi.

Maaf jika entry ke 80 hingga ke 90 adalah entry hati ranap. Hati ini mahu menjujur perasaannya. Biar semua tahu.


Dyra yang tak pernah anda kenal sisinya sahaja yang ada buat masa ini. Terima kalau suka, buang kalau mengundang duka. Tempat tulisan ini akan aku hamburkan semua.


...........


Saya sudah balik!


Dyra J.

Sarat.

Saat aku memerlukan, tak ada siapa di sisi. Tiada, none. Itu aku pasti. Susah, aku tak mengharapkan orang seperti aku. Tapi secebis daripada hati jahat aku punya rasa, rasa ingin dilayan selayaknya.

Apa aku cakap, tulus dari hati ini. Tangan aku yang memberi kepada kawan, tidak pernah menadah meminta dipulangkan.

Cuma kali ini, aku perlukan seseorang. Atau dua. Untuk aku terus berjuang. Dalam era ranap aku sendiri. Kalau betul tak ada yang sudi, izinkan aku pergi.

Aku masih boleh tersenyum, pahit.
Aku masih boleh bergelak ketawa, perit.

Mungkin adakah yang bisa memberi tangannya untuk ditadahkan air jernih suam yang turun dari mataku?

Sudah lah. Tahan, selagi larat. Lepas, kalau dah sarat.


Dyra J.

Hampir.

Aku hampir kalah! Tolong!

..

Kalau tak ada matlamat, untuk apa STPM? Kalau tak ada matlamat, untuk apa Sejarah A? Sedihnyaaaa. Aku tak minta banyak, minta sikit sahaja sokongan. Bukan dari segi kewangan, tapi moral support. Belum pernah rasa sokongan yang sebetulnya.

Maafkan aku, andai aku tak cukup membanggakan buatmu.


Anakmu,

Dyra.

Susah.

Aku cuba, angkat dagu dan tersenyum. Pahit. Aku tewas, tertunduk dengan beratnya. Tahan. Luka masih merah, belum kering. Bila?

Bila mana aku kesunyian, aku terdiam. Berfikir. Apa aku masih lagi aku? Setiap saat kesunyian buat aku takut. Apa mungkin ada yang lain? Atau apa mungkin ini pengakhirannya?

Mungkin, cakap-cakap aku hanya untuk orang. Bukan diri sendiri. Mungkin, ini rezeki aku. Buat orang tertawa tanpa aku turut serta. Tak ramai boleh buat, aku syukur.

Ah, hati ini sedang mati.

Apa hatinya sedang mati juga saat ini? Apa dia sedang menangis di ceruk pelusuk bilik? Apa dia sedang bermuram durja? Apa dia bencikan aku? Apa dia anjingkan aku?

Susah rupanya keraskan hati.

Haih!


Dyra J.

Hati ini ranap.

Fynn Jamal, untuk kesekian kalinya. Aku pinjam kata-katamu.

"hanya hati yang terpaling ranap
mampu menjujur perasaan terpaling jauh."

Hati aku ranap, remuk, hancur, luluh kerana benda yang aku rasakan diri aku sudah tiada. Aku bisu, sejuta kata. Mana mungkin keputusan yang aku buat ini salah. Aku yakin ini solusinya.

Tapi...

Terkadang terbit dilubuk hati. Apa ini benar? Ahh, pasti aku masih lagi bermain dengan keputusan yang dah pun aku buat. Kuat manakah aku? Teguh manakah aku? Hati, tolong kuat. Tolong teguh.

Positif, hati ini benar sudah ranap. Macam mana ranapnya rumah usang, seranap itulah hati aku. Apa benar hati ini takut pada 'kesepian'? Apa benar hati ini tulus mahukan yang terbaik dengan cara ini? Apa benar? Apa benar? Apa benar?

Menghadap kesepian, aku takut. Akan datang suatu hari, aku berdiri membelah sepi. Aku hilang buat kesekian kalinya. Hanya aku faham.


Dyra J.

Monday, April 26, 2010

Lu, gua, dah tak ada...

"Rempit dua ekor,
gaduh..
Cikaro masuk,
remuk..."

Ayat atas untuk apa? Ha ni aku cerita.

Siapa nak gelak, tolong gelak puas-puas. Aku ingat aku dah cukup kenal kau rupanya aku salah. Alahai, novel gila ayat kau Dyra. Persetan, aku memang tak cukup vocabulary.

Nak tahu aku rasa apa sekarang? Pedih, sakit, meleleh. Meleleh air suam yang sama keadaanya macam apa yang Syuada rasa sekarang tapi berbeda situasi. Aku dengan situasi ini, dan dia dengan situasi dia yang aku kira lebih sakit dari aku sebenarnya. Dia kuat, aku yakin dia kuat.

Aku ada seorang kawan, yang aku kira dah jadi kawan baik. Lelaki. Baru kenal tapi macam dah lama. Sumpah, aku ingat dia boleh ganti tempat Suhairi tapi nampaknya aku salah. Dia belum layak. In fact, dia memang tak layak. Mamat ni tua dari aku dua tahun, banyak ajar aku macam-macam. Aku senang kawan dengan dia sampailah tadi, aku kena sound tepek dimuka oleh gf dia. HA HA HA. Tipikalnya cerita. Relaks dulu, ini nak bagi korang gambaran je.

Ahhh, aku dah hilang punca! Aku marah, marah sampai aku hilang punca. Maaf, entry entah apa-apa buat juta kalinya.

Apa yang main dalam kepala aku sekarang ialah, kenapa. Kenapa bila baru mula kawan harus tanya macam ni. 'Lu dah ada gf/bf belum?' Aku seorang yang sangat tak menyukai konsep ini. Konsep kena tanya kau dah ada yang berpunya ke belum baru boleh kawan. Kalau kau percaya dengan gf/bf kau, kawan la dengan siapa pun takkan goyah relationship korang. Percaya, itu penting.

Tapi aku dah rasa, padan muka. Itulah kau Dyra, ajar muka kau. Tak percaya lagi dengan konsep nak berkawan kena tanya soalan itu dulu. Sebab sekarang kau dah tahu kenapa orang tanya soalan tu.

Lepasni, jangan pelik kenapa dengan kawan baru perempuan pon aku akan mula dengan ayat

'HI, KAU DAH ADA BF KE? KALAU ADA JANGAN KAWAN DENGAN AKU, OKAY BYE.'

Terus mula dan habis disitu. Hahaha. Tengok, aku gelak. Aku senyum. Masih, sampai hari ini.

Bye Blogspot, bye kawan baik sekejap.


Dyra J.

Sunday, April 25, 2010

Kulit babi.

Serasa seperti artis,
cakap sikit terasa satu baris.
Cuba bilang,
apa yang kau tak senang?
Eh, berani ke kau?
Setakat menyorok belakang 'tanpa nama',
pergi main jauh-jauh la.

Semua dah selesa,
kau pulak sibuk bikin propa.
Untuk apa?
Hentikanlah,
kisah kita dah lama habis.
Yang ada cuma parut kudis.

Terima kasih,
tolong ajar erti pedih.

p/s: Entry tak semena ini tak ditujukan untuk siapa pon, bertujuan untuk gilap bakat buat puisi aku yang dah lama karat kalah karat atap zink rumah.


Dyra J.

Wednesday, April 14, 2010

Losing grip.

Dekat mana nak mengadu? Dekat sini tak boleh, dekat sana tak boleh, dekat situ tak boleh. Mengadu dekat diri sendiri namanya gila.

Aku dah tak tahan. ;(

Dyra, Allah ada. Itu tempat mengadu kau sebenarnya. Najiha Jalil, I miss you. I miss your good advice. I'm going to see you soon, tunggu dekat Bandung okay. Adik datang. ;/


Dyra J.

Monday, April 12, 2010

B for Blogspot.

Dear Blogspot,

how are you today? I guess I am insane now asking you question that you can't even answer it. Sorry Blogspot, I know you can't reply. It's okay, at least you won't hurt people's feeling. Kan Blogspot, kan? :)

Blogspot, did you know that sometimes, I get sick reading stupid materials from stupid minds? I am trying not to think about it but there's nothing I can do accept thinking. Those things kept on messing with my mind and I think I am going mad.

Dear Blogspot,

You know, sometimes you got to look in the mirror when you talk about people. I mean, yeah Blogspot, look at you. You're Blue-ish yet Orange-ish, how come you can talk bad things about Wordpress, Tumblr and Xanga? Blogspot, you are not that cool okay? Chill, you and those blogging service are basically the same. ;)

Blogspot, eventhough you are not nice, but I do love you and most of all, I pity you, a lot. I am a homo-sapien, I still have my mankind. :)

However Blogspot, not to worry. The day will come for you to realize that you are not alone living in this mad world. And one day, karma will come and bite you in the ass. And that's how life is all about. Thou there are many imperfections from you, I forgive you, Blogspot.

I am not holding any grudges towards anyone, anymore. I am done. Take care! Bye Blogspot.


Dyra J.

Sunday, April 11, 2010

Saya ada...

Saya ada seorang bapa dan seorang ibu.
Saya ada seorang abang dan seorang kakak.
Saya ada sepupu yang sangat rapat macam Gunung Rapat dengan saya.
Saya ada seorang Hajwa Namirah yang baru kenal tapi macam dah kongsi coli.
Saya ada orang yang mahu menjadikan saya teman hidup.
Saya ada handphone murah.
Saya ada dua Dooodolls yang sama.
Saya ada kawan baik lelaki.
Saya ada buat silap.
Saya ada ketakutan yang sangat luar biasa terhadap binatang termasuk ikan.
Saya ada banyak rumah.
Saya ada banyak loghat.
Saya ada jerawat dekat pipi.
Saya ada Ipod warna merah jambu.
Saya ada rambut panjang.
Saya ada ex-boyf yang masih berkawan dengan saya sampai sekarang.
Saya ada suka dekat jiran saya dulu.
Saya ada jurnal yang dah berhabuk.
Saya ada simpan cokelat dalam beg lepastu lupa.
Saya ada koleksi lagu Rock kapak 90-an.
Saya ada pernah menyimpan perasaan untuk membakar sekolah.
Saya ada duit tapi rasa nak habiskan.
Saya ada baju yang beli dah lama tapi tak pakai lagi.
Saya ada obsesi terhadap Flip Flop/selipar.
Saya ada formspring sekarang.
Saya ada rasa nak tidur awal tapi tak pernah kesampaian.
Saya ada kawan baru.
Saya ada semua.

Alhamdulillah. Terima kasih, tuhan. :)

Saya, saya, saya. Awak pula? Okay kali ini saya tak kisah awak nak jawab. Kesian, bagi peluang la. AHAHA. ;)


Dyra J.

Wednesday, April 7, 2010

InsyaAllah.




InsyaAllah, ada jodoh tak kemana. InsyaAllah. ;)



Dyra J.

Friday, April 2, 2010

Boleh bagitahu?

Boleh bagitahu aku macam mana cara nak mintak hutang tak? Sebab aku lemah ah bab mintak duit aku dekat orang. Hmph! Nak mintak duit sendiri pon rasa bersalah, apa punya tukang pemberi hutang lah aku ni. Hahahaha.

Aku tahu aku dah sedia kaya, *poser* tapi kalau aku mintak hutang aku dengan kawan-kawan, makin kaya aku. Serius. Hahaha.

Dino paling lama sekali tak bayar hutang! Harap handsome dan cakap leleh je, kalau tak gua lama dah cabut tayar kereta lu jual untuk dapatkan balik duit gua. AHAHA. Aku berani mention nama dia sebab Dino tak layan blogspot. ;))

Thursday, April 1, 2010

To whom may concern,

I'm not going to blog about you, nor your wrongdoings because believe me, you are simply not worth it, Darling. I rather blog about my cat. *which is I don't have one*


Toodles,


Dyra J.

Sunday, March 28, 2010

Cubalah.





There are those among us who are blessed with the power to save what is love by another.

BUT POWERLESS TO USE THIS BLESSING FOR LOVE THEMSELVES.





Thursday, March 25, 2010

To tell you the truth,

I got lots of things playing in my mind at this very right moment and I don't know how to begin, where to start. :|

I got lots to say about things happened around me.

Arghhhh! -.-" It takes me 20 minutes choosing the right word best describe my feelings right now but couldn't find one.

Bye blogspot, I'm losing passion.


Dyra J.

Wednesday, March 17, 2010

Kalau ya kata awak, belum tentu ya bagi saya.

Kau cakap aku macam-macam, kau cakap aku lupa kawan. Untuk apa? Untuk sakitkan hati aku? Tak payah lah, aku tak mudah berganjak.


You're like a liar looking for forgiveness from a stone.
You're the liar and I'm the stone.


Kau ingat kau baik sangat? Kau ingat apa yang kau cakap aku percaya semua? Memang kita baik-rapat-geli, tapi kau dah lain. Kau yang buat aku nampak kau lain. Kalau kau tak lain, tolong buat aku percaya.

Tak sangka, lama kita kawan, benda macam tu keluar dari mulut kau. Terima kasih, aku gembira mendengarnya. Dengar dari mulut kau sendiri. Mulut yang pernah aku suapkan makanan suatu ketika dulu.

Sungguh, aku kecewa dengan apa yang kau cakap tadi. Dah la kau pergi main jauh-jauh! Jangan datang dekat aku bila kau ada berhampiran. T.T


Dyra J.

Friday, March 12, 2010

Burung dengan dahan, dahan dengan burung.

Aku seekor burung, burung yang kebetulannya singgah di satu dahan yang luarnya nampak kukuh tapi sebenarnya sudah rapuh. Dahan itu sungguh rapuh sehinggakan hadirnya burung-burung lain membuatkan dahan itu semakin rapuh dan mula menunjukkan tanda untuk menyembah bumi.

Ini bukan kisah seekor burung, ini kisah dahan yang rapuh. Semakin rapuhnya dahan itu, semakin bahaya nyawa burung yang datang untuk berteduh itu.

Tetapi burung itu tidak takut, tidak juga lelah untuk singgah bertenggek di atas dahan yang hampir patah tersebut. Dahan lainnya banyak, dahan itu juga ia pilih. Mengapa? Mungkin burung itu ada jawapannya, mungkin tidak.

Suatu hari, tibanya burung itu untuk menumpang berteduh di atas dahan kesukaannya, kelihatan seekor burung lain yang sedang bertenggek sambil bersiul kegirangan. Dengan sedihnya burung itu terbang menjauhi dahan tersebut kerana ia tahu, jika ia turut singgah, dahan itu akan segera menyembah bumi.

Hari demi hari, burung itu masih tidak dapat berteduh di atas dahan kesayangannya.

To be continued...... Takde idea!


Selamat malam dunia, selamat malam kekasih, selamat malam hati.


"Selamat malam,
tidurlah, sayangku.
Siang kan tiba bercahaya,
bermula baru, semua untukmu."



Dyra J.

Thursday, February 11, 2010

Jangan, kalau tak boleh.

Aku memang macam ni. Mungkin tak berapa nak sensitif dengan perasaan orang. Tapi aku punya perasaan jugak. Penat lah macam ni kalau nak jaga perasaan orang, perasaan aku siapa nak jaga? Pak guard UITM yang dorang benci sangat sampai sanggup buat group dalam Facebook tu ke yang nak jaga?

***************************************************************

Tak lawak. Jangan sengih-sengih baca, aku tak suka.

Sini, aku nak luahkan perasaan. Memandangkan Blogspot ni peneman setia aku, aku nak cerita kat dia je.

Blog, you tahu tak? Harini I terasa sangat. I tahu I memang kasar blog, tapi I ada perasaan. Blog, you dengar tak apa yang I luah ni? I rasa macam terpukul dengan baseball hat je bila ada orang cakap dekat I macam tu.

Blog, you tanya 'macam tu' tu macam mana eh? Nanti I bagitau you okay blog? Rahsia kita dua je.

I sedih blog, I rasa nak menangis pon ada. Tak tau la, tak 'batu' kan I ni blog? Memang, sebab I ada hati yang sangat rapuh macam kuih semperit Opah yang sedap tu. Alamak blog, lapar pulak I bila sebut pasal kuih tu.

Blog, tolong pujuk I blog? Dekat you je I nak mengadu macam ni. Dengan orang lain, I tak reti. Bukan taknak. Sebab nanti, bila I mengadu dekat orang, I tahu I akan mengharap orang tu kesiankan I dan kadang-kadang, apa yang I mengadu buat orang yang dengar tu muak. Muak dengan cerita I. Kalau I cerita dekat orang, orang akan judge I macam-macam.

Yes blog, I memang anak manja. Spoil brat. Tapi, takkan I tak boleh manja sekejap? Sekejap je. Satu entry je. Boleh kan blog? Bila I biar, semua orang ambik kesempatan. Ambik kesempatan dengan ke'rileks'an I. I jenis yang buat apa je, bagi apa je, untuk orang yang I rapat. Untuk orang yang I sayang.

Blog, you faham kan apa yang I cerita ni? I ada you je blog. Yang lain busy sekarang. Okay la blog, I dah tak tahu apa yang I cerita ni. Dah rasa macam Raju. Eh, Raju waiter East Grill yang sangat baik. I suka dia serve family I. Maaf Raju.

Thank you blog, I love you.


Dyra J.

Thursday, January 21, 2010

We love you.

Abah, happy 51st birthdayyyyy.

I love you, we all love you. Semua tahu dalam family memang adik paling rapat dengan Abah. In fact, kalau apa semua adik nak mesti adik mintak dekat Abah. Andd, the best part is, Abah tak pernah tak bagi. (: Cuma lambat dengan cepat je. Sebab Abah selalu pesan, "Abah bukan taknak bagi, boleh je Abah bagi apa yang korang semua mintak, tapi Abah tak nak anak-anak Abah dapat dengan cara yang mudah. Usaha. "
Thank you, Abah. I've never failed to pujuk you everytime I want something. Usaha jugak kan? Usaha pujuk. :P

I know Abah probably won't read my blog, and I don't want you to read too. Hahaha. But I want everyone to know that I love my Abah so much. I'll always be your little girl who you always want to hug. Haritu Abah ada cakap, "korang dah besar, Abah nak peluk sikit pon dah tak boleh." Aku rasa nak menangis weh. Mesti Abah rindu nak buat macamtu tapi anak-anak dia dah besar, dah malu kena peluk la konon. Tapi Abah, adik tak malu. Betul. Adik tak kisah kalau Abah peluk Adik.

Abah, thank you so much for being such a wonderful Abah to all of us. I'm sure one day you'll be proud having me, Abang and Akak because you have done such a good job guiding all of us.

And Abah, terima kasih sebab Abah bagi Adik, Mak, Abang dengan Akak hidup yang amat selesa. Tak pernah kurang dari aspek apa pon. Melimpah ruah lagi ada. Terima kasih Abah, sebab Abah bersengkang mata kerja untuk family Abah sampai Abah nampak sangat penat sekarang. I wish I could take it away from you. I hate to see your exhausted face. Wish you well Abah, cause I need you around when I'm having my own child and I can't afford to lose you, Abah Jalil. (':

I'm typing this with a lot of tears, don't know why. Padahal Abah dekat Bukit Jelutong je.

Love,
Your dearest Tott.