Sunday, January 27, 2013

Elemen.

Langit,
ambillah cinta aku.
Laut biru,
hanyutkanlah hati aku.

Aku ini tidak tahu serik,
Aku ini pantang dibuat baik.
Semua aku berikan.
Semua mahu direlakan.

Alam,
kenapa aku yang dimamah semesta?
Kenapa bukan dia disana? Yang mencurangi kekasihnya.
Atau dia yang disudut satu itu? Yang menipu rakannya.
Atau dia yang di hujung sekali? Yang mementingkan dirinya, membelakangi keluarganya, meniduri bapa kekasih sejatinya, yang ketara jalangnya.
Kenapa bukan dia, dia dan dia?

Menjadi aku yang tidak tahu bila untuk bercukup memberi,
menjadi aku yang tidak tahu apa yang bakal dihadapi,
aku mudah disakiti.

Lalu, akan ada episod dalam hidup aku dimana aku berjanji dengan diri untuk tidak lagi terlalu memberi. Yang mana janji itu akan bertahan cuma selama mana manusia-manusia yang wujud dalam hidup aku tidak dalam kesusahan. Percayalah, tak lama. Aku mula memberi semula, memberi dan memberi lagi. Aku berikan kasih dan cinta, aku kirimkan percaya bersama. Aku lampirkan cebisan hati aku yang masih ada. Dan iya, aku disakiti, berkali-kali. Ada yang pergi, ada yang tidak mahu lagi berkongsi hati.

Cuma ini soalan aku;
Mengapa datang untuk pergi?
Untuk apa punya hati jika hanya untuk dipatahi?


"Saya sampai pada kesimpulan bahwa patah hati itu menyebalkan. Dan tidak enak sekali rasanya." -perempuansore


Dyra J.