Thursday, June 3, 2010

Kala malam,

Saratnya hati.
Saratnya jiwa.
Saratnya minda.

Aku pandai berpesan, tapi aku yang sesat jalan.
Aku cepat menegur, tapi aku jugak yang kabur.

*********************************************

Aku dengar lagu kegemaran kau tadi, aku terdiam. Aku teringatkan kau, sungguh. Aku hampir tak percaya, kau memang dah tak ada.

Tak ada lagi suaranya.
Tak ada lagi tawanya.
Tak ada lagi adunya.
Tak ada lagi amarahnya.
Tak ada lagi tangisnya.

Tak ada!

Kau dah tak ada.
Dia dah tak ada.

Aku rindu dua tahun lepas. Aku ada segala-galanya. Aku bodoh masa tu. Aku tak kenal cinta, tapi kau kenal. Kenapa kau tak ajar aku? Kenapa kau tak pernah pesan pada aku yang suatu hari aku akan faham? Kenapa kau biarkan aku tinggal kau? Dan kenapa kau putus asa saat aku sudah bersedia?

Aku rindu. Hati aku pilu. Hati aku sayu. Penting dirikah aku? Rindu kau saat aku tak punya siapa lagi? Jelekkah aku? Rindu kau saat aku tak kenal siapa lagi?

Hati aku sarat.
Jiwa aku sarat.
Minda aku sarat.

Sarat dengan semua yang aku nak luah kata, tapi kau tak ada.

Tak ada.
Tak ada.
Tak ada.

p/s: Yes, gua pathetic. Gua, bukan lu. Sekali lagi. Yang pathetic gua, bukan lu!

6 comments:

syafiqxsaifullah said...

macam boleh rasa apa yg ko rasa.
mendalam di situ!

ko belajar sastera dgn sapa?
owhh. demmm!
haha

Dyra J. said...

Terima kasih. Tak ramai yang boleh rsa. Terima kasih. :)

Hoish! Sastera apanya. Tulisan bodoh je ha. Yang penting, bubuh jiwa. Lepastu pergi mati la jadi apa dengn tulisan kau. Janji puas. Teehee.

Hahaha!

Najwa Amirah said...

Gua tau siapa. Hiw hiw

Dyra J. said...

Hiw hiw hiw, sadapyuh!

seSungGuhNya ITu aKU said...

kisah yg hampir sama dgn me....=)

Dyra J. said...

Ya, sep sikit! :)