Tuesday, August 14, 2012

Layar jiwa kacau.

Mungkin, satu hari kamu dimahu lagi.
Dan kewujudan aku ketika itu sudah tinggal sisa yang berbaki.
Seperti not-not musik yang tak kena matematikanya,
Umpama biola-biola yang keputusan talinya,
Ibarat tenor, bass dan alto tanpa sopranonya,
aku itu irama sumbang.
Dan ketika hati aku mula remuk redam diketuk digendang,
hati kamu sudah siap berpesta.
Berdansa kamu berdua,
ikut rentak, tempo dan irama.
Irama yang bukan lagi aku lagunya.


"Tuhan saja tahu betapa susahnya aku untuk lepaskan momen-momen aku dan dia yang sudah hitam putih visualnya. Aku kekal meraikan hidup pada hari ini serta hari-hari sebelumnya setelah kehilangan dia adalah kerana aku letakkan kisah cinta vintaj kami berdua dalam mod ulang tayang; dan aku bahagia. Percayalah, aku hampir gila.

Dan hari ini, dipertemukan aku dengan kekuatan untuk mula berputus asa. Maafkan aku, arjuna raga. Aku sudah mula percaya yang mana filem kita cuma kisah pendek yang tak lama durasinya. Terima kasih kerana pernah mahukan aku.

Selamat tinggal, untuk kesekian kali."


Dyra J.

Thursday, August 2, 2012

Bilang.

Dunia jalang.
Kekasih hilang.
Duka datang.
Alam usang.
Hidup tunggang-langgang.
Hati tak girang.
Beramai duduk tak senang.
Bercakap asyik dipandang.
Bermurung di balik riang.
Menangis belakang tiang.
Momen-momen berdua terbuang.
Fragmen-fragmen romansa pun terbang.
Cebis-cebis memori koyak berlubang.
Menulis sajak-sajak songsang.
Menconteng puisi-puisi malang.
Menunggu hari-hari mendatang.
Terpekik lalu melolong meminta pulang,
Cinta yang kononnya dijuang,
Cinta yang kononnya dijulang,
Cinta,
Cinta,
Cinta,
Cinta,
Cinta,

Cinta butoh pak hang!


Sick & tired. Pergi mampus dengan cinta aku sama dia.
Dyra J.