Tuesday, August 14, 2012

Layar jiwa kacau.

Mungkin, satu hari kamu dimahu lagi.
Dan kewujudan aku ketika itu sudah tinggal sisa yang berbaki.
Seperti not-not musik yang tak kena matematikanya,
Umpama biola-biola yang keputusan talinya,
Ibarat tenor, bass dan alto tanpa sopranonya,
aku itu irama sumbang.
Dan ketika hati aku mula remuk redam diketuk digendang,
hati kamu sudah siap berpesta.
Berdansa kamu berdua,
ikut rentak, tempo dan irama.
Irama yang bukan lagi aku lagunya.


"Tuhan saja tahu betapa susahnya aku untuk lepaskan momen-momen aku dan dia yang sudah hitam putih visualnya. Aku kekal meraikan hidup pada hari ini serta hari-hari sebelumnya setelah kehilangan dia adalah kerana aku letakkan kisah cinta vintaj kami berdua dalam mod ulang tayang; dan aku bahagia. Percayalah, aku hampir gila.

Dan hari ini, dipertemukan aku dengan kekuatan untuk mula berputus asa. Maafkan aku, arjuna raga. Aku sudah mula percaya yang mana filem kita cuma kisah pendek yang tak lama durasinya. Terima kasih kerana pernah mahukan aku.

Selamat tinggal, untuk kesekian kali."


Dyra J.

Thursday, August 2, 2012

Bilang.

Dunia jalang.
Kekasih hilang.
Duka datang.
Alam usang.
Hidup tunggang-langgang.
Hati tak girang.
Beramai duduk tak senang.
Bercakap asyik dipandang.
Bermurung di balik riang.
Menangis belakang tiang.
Momen-momen berdua terbuang.
Fragmen-fragmen romansa pun terbang.
Cebis-cebis memori koyak berlubang.
Menulis sajak-sajak songsang.
Menconteng puisi-puisi malang.
Menunggu hari-hari mendatang.
Terpekik lalu melolong meminta pulang,
Cinta yang kononnya dijuang,
Cinta yang kononnya dijulang,
Cinta,
Cinta,
Cinta,
Cinta,
Cinta,

Cinta butoh pak hang!


Sick & tired. Pergi mampus dengan cinta aku sama dia.
Dyra J.

Tuesday, July 10, 2012

Kerna aku, kawanmu.

Terima kasih terpaling banyak untuk kamu-kamu yang selama ini aku tatang, aku julang. Lepas harapan-harapan aku yang lama dipasang habis hilang disorok kamu, aku mula menyusun satu demi satu harapan baru.

Aku berharap; satu hari nanti akan ada masa-masa dimana kamu akan terjatuh ke dalam lohong terpaling dalam dan cuma aku ada di situ. Masa-masa dimana cuma aku harapan kamu. Masa-masa dimana sumpah seranah mana sekalipun kamu pada aku, cuma aku ada disitu.

Bila kamu sudah benar rasakan yang aku tidak akan membantumu pada saat dan tika itu,

aku akan hulurkan tanganku.

Iya, aku hulurkan tangan aku.

Kerna aku, kawanmu.

Walau apa saja duduknya aku pada kamu.


Dyra J.

Wednesday, July 4, 2012

Kondisi.

Luka.
Binasa.
Pecah.
Koyak.
Lunyai.
Hancur.
Punah.
Ranap.
Patah.
Musnah.
Robek.
Sompek.
Rekah.
Guris.
Tobek.
Keronyok.
Tersiat.
Berkecai.
Terguris.
Bersepai.

Aku masih mau.


Dyra J.

Sunday, June 24, 2012

Potret Sisa



Diluar itu kondisinya buas.
Asyik saja manusia terlolos lalu culas.

Manusia-manusia yang culas,
sedang kamu dimanja, apa tidak cukup diberikan oleh kami laskar-laskar setia yang namanya jiwa dan raga?
Apa kalian tidak pernah puas?
Kasih cinta kami kalian lelongkan,
kasih cinta kami kalian hinakan,
kasih cinta kami kalian taburkan.
Persis benda tak berharga,
persis debu di jalanraya.

Dengarkan sini wahai kalian yang melayan kami seperti bajingan!
Di tempat yang terpaling gelap kalian tinggalkan cebis rekah hati kami,
ada cinta.
Di tempat yang terpaling palat kalian tinggalkan sisa patahan hati kami,
ada cinta.
Cinta kami untuk berkongsi cerita.
Berkongsi kisah hati yang lara,
bercerita yang hanya kami saja tahu aksaranya.

Lalu yang tinggal untuk kami sang-sang pencinta yang setia cuma apa?
Barangkali cuma hati yang sudah serpih.
Kami tidak culas,
kami jarang jadi buas.
Kami cukup dengan apa yang dihias;
hati yang tobek,
jiwa yang sompek.

Dan di tempat itu,
laskar-laskar itu pun bertemu.
Mencantum aksara,
Mengisahkan duka dan lara mereka bersama.


"setiap tulisan yang kau tulis adalah lukisan yang kau ukir di pohon duka, berakar lara, di hutan belantara." -Zulfikar Husin

Puisi oleh saya sendiri, potret oleh Encik Zulfikar Husin. Projek manusia gila kala duka menyapa mesra. Hahah.



Dyra J.

Saturday, June 9, 2012

Nota musika untuk sang pengait irama.

Dia sedang menyakiti kamu,
dia sedang membunuh kamu,
dia sedang menggali lubang untuk ditanamnya kamu,
dengarkan aku!

Kamu itu manis orangnya.
Kamu itu molek orangnya.
Kamu itu pujangga.
Sanggupnya dibiar dipijak segala,
semata dia yang bermuka cantik,
berbadan lentik.
Semata dia, kamu sanggupkan segala.

Dengarkan aku,
dengarkan aku,
dengarkan aku!

Aku ini kenal kamu,
aku ini selalu denganmu,
aku ini....

Sial!

Aku ini cuma alat musiknya,
yang dipegang diusap,
yang dicuci dilap.
Aku ini cuma alat musiknya,
setia mengeluarkan bunyi,
untuk tuannya si tak sedar diri,
yang sedang mentah-mentah diratah hati,
yang mudah-mudah menempah mati.
Aku cuma alat musiknya.


Melihat si dia yang kamu terlalu suka bersama dengan orang-orang yang kamu kenal benar cuma mahu melukakan si dia, pedih. Lebih menyedihkan, kamu cuma orang asing yang tak bisa berbuat apa. Malah, kamu sebenarnya, bukan sesiapa.


Dyra J.

Saturday, June 2, 2012

Aku perempuan yang,

Aku perempuan yang percaya
dunia ini penuh dengan rona duka.

Aku perempuan yang percaya
kebencian tegarnya pada dunia perlu diraikan bersama.

Aku perempuan yang percaya
perubahan itu tak perlu ada.

Aku perempuan yang percaya
dia sudah kehabisan porsi-porsi asmara.

Aku perempuan yang percaya
benci itu susur galurnya cinta.

Aku perempuan yang sudah malas menggagahkan jiwa.

Aku perempuan yang sibuk menyusun kata.

Aku perempuan yang tanpa sedar,
perginya dia
kerna aku puncanya.

AKU.


Dyra J.

Sunday, May 13, 2012

Bunda.

Bunda,
jangan lekas tua.
Bunda perlu selalu ada.
Bunda perlu temani saya.
Bunda tiada, gelaplah dunia.

Bunda,
jangan lekas lupa.
Bunda perlu ingat segalanya.

Bunda,
selalulah riang tertawa.
Supaya bunda awet muda.
Supaya bunda riang tertawa.
Supaya bunda dara hatinya.

Bunda,
Adamu tiada tolok bandingnya.
Gantimu tiada serupa.

Bunda,
hiduplah selama mana,
demi kasihmu yang tiada bandingnya,
duhai bunda.


Puisi yang terhasil daripada melihat tawa ria bunda yang wajahnya sudah bergaris tua. Untuk bunda aku, untuk bunda awak, untuk bunda-bunda seantero dunia!


Dyra J.

Sunday, April 8, 2012

Sajak kehilangan #3

Berpuluh-puluh sajak kehilangan untuk kau boleh aku tuliskan.
Beratus-ratus sajak kehilangan untuk kau mampu aku hasilkan.
Beribu-ribu sajak kehilangan untuk kau bisa aku luahkan.
Tapi apa kau membacanya?
Apa kau memahaminya?
Yang benarnya,
apa kau mahu pulang?
Walau berpuluh beratus beribu sajak mendatang,
tak jugak kau pulang,
kan sayang?

Aku bodoh bangang,
yang tetap menanti kau pulang.

Yang tetap menanti kau pulang, sayang.


Dyra J.

Wednesday, March 14, 2012

Sajak kehilangan #2

Pernah korang rasa kehilangan akan sesuatu yang belum korang milikkan?

Kalau belum, aku pernah.

Ibarat kita berada di kedai permainan waktu kita di zaman kanak-kanak, kita terlalu mahukan sesuatu permainan itu, kita rangkul ia, lalu tersenyum manja. Saat dan detik kita di dalam kedai itu, terlalu membungakan hati kecil kita. Tersenyum sendirian, terkadang ketawa kecil seorangan. Tapi kita tak sedar, kita yang kecil itu mana lah ada apa untuk membayar permainan itu. Kita terlalu naif untuk sedar. Terlalu bodoh. Maka kedengaran suara bunda atau ayahanda, seakan suara itu datang dan menyuruh kita letakkan kembali apa yang kita pegangkan. Kita tak dengar, atau pura-pura tak mendengar. Kita terlalu gembira dengan apa yang tadi kita rangkul usapkan. Lalu, bunda ayahanda datang dan rampaskan ia daripada tangan kita. Dan menarik tangan kita lalu kita dibisikkan dengan satu baris ayat, satu baris ayat yang terlalu pahit untuk ditelan,

"lain kali kita beli."

Lalu berkecai,
lalu berderai.
Dipungut semua cebisan barai itu,
dan dilemparkan.
Jauh disudut yang terperuk.
Duduk sana,
jangan berani pulang!



Siri dua.


Dyra J.

Friday, March 9, 2012

Sajak kehilangan #1

Kehilangan itu sakit.
Merasa kehilangan juga sakit.
Kehilangan, merasa kehilangan dan hilang dalam kehilangan;
itu maha sakit!

Tidak rela,
tidak sedia,
itu sebenarnya.

Dipujuk-pujuk diri,
"biarlah dia pergi."

Dibisik-bisik pada hati,
"dia tak ingin lagi."

Diurut-urutnya dada,
dibilang berjuta kalinya,
"tak apa, tak apa!"

Dikesat ditepisnya airmata,
lalu senyum,
dan teruskan ketawa.

Dunia tidak perlu sugul seperti aku.
Dunia tidak layak dibiarkan sunyi berhantu.
Dunia perlu tawa dan kasihku.
Lalu aku biarkan dunia telan semua satu-persatu;
puisi keromoku,
jenaka bodohku,
seluar lusuh kesukaanku,
saudara sepermainanku,
jiwa ragaku,
separuh senyumku,
keinginanku,
kepunyaanku,
gemaranku,
kekasihku.

Ambil semua,
kerna kau tuannya.
Aku cuma peminjam serba tak ada.
Ambil lah,
suatu hari hilang jua.


Siri satu.


Dyra J.

Thursday, March 1, 2012

Awak itu, saya ini.

Awak itu pemusik,
Saya ini apalah.
Awak itu pujaan awek-awek,
Saya ini apalah.
Awak itu dikenali,
Saya ini apalah.
Awak itu manis sekali,
Saya ini apalah.
Awak itu,
Dan saya ini.
Awak matahari,
Saya?
Saya cuma mampu mengagumi.


Cuma terjemahan versi sendiri akan insiden baru-baru ini. Aneh, tapi membawa senyuman.


Dyra J.

Tuesday, February 14, 2012

Aku juga.

Seperti cintanya Putera Rom terhadap si cantik Cleopatra,
Seperti cintanya Shah Jehan pada Mumtaz yang dipasar tempat bertemunya,
Seperti cintanya Tuah terhadap Gusti Putri yang disumpah si raja tak terlihat dek siang harinya,
Aku juga.

Mereka ini merasakan dunia itu milik mereka buat seketika,
Aku juga.
Mereka ini hebahkan semua betapa mereka sanggupkan segala,
Aku juga.
Dan mereka ini pada hujungnya tetap menderita,
Aku juga.


Aku juga.


Cinta itu pengorbanan.
Cinta itu peringatan.
Cinta, kasih dan sayang kita bukan hanya untuk dirai sehari dua,
Cinta, kasih dan sayang kita mahu selamanya.
Maka benci itu apa?
Benci itu kerana setiap satu unsur sudah menggila.



p/s: Aku benci kamu! Setiap hari, setiap masa, sampai bila-bila!

Dyra J.

Friday, February 3, 2012

Sajak sakit hati.

Berapa agaknya harga si hati?
Sanggup dibiar jatuh ke paras kaki.
Lalu dipijak,
Lalu dihenyak.

Mengapa pulangkan kala aku tak bersedia menyambutnya?

Hati aku hancur kamu kerjakan,
Hati aku berselerak kamu lemparkan,
Hati aku musnah kamu binasakan.

Sayang,
Jika benar pada kamu hati aku sudah benar tak berharga,
Jangan dibuangnya ia.
Pulangkan semula,
Dengan keadaan terpaling sempurna,
Seperti masa kamu mengambilnya.
Seperti semula.
Seperti sediakala.

Ini tidak,
Kamu kerjakan ia.
Kamu lemparkan ia.
Kamu binasakan ia.
Kamu;
Kamu peminjam hati tak bertanggungjawab!


Dyra J.

Wednesday, January 18, 2012

#3

3.59 AM
Kuantan, Pahang.



I miss you.



Dyra.

Tuesday, January 10, 2012

Tragik.

"I tak rasa you nak balik dekat I.
I tak paksa you, hati orang mana boleh paksa kan?
Kalau you betul dah takmau I contact you, bagitau."


Sent.
Replied.

"terus terang, I tak tau kenapa dengan I ni.
I macam dah takdak hati. Bukan dengan you ja, orang lain pon takdak.
I tak paksa you, you ikut hati you. Mana yang terbaik untuk you--"


--------------

Kalau diikutnyaa hati gila aku,
susah kamu.
Tapi aku bukan gila,
aku cuma cinta.

Maka cintanya aku pada kamu takkan aku memaksa,
cintanya aku pada kamu takkan kamu diseksa,
cintanya aku pada kamu, aku mahu kau gembira.

Jadi, pergilah.
Terbang setinggi mahu.
Berlari sekencang mahu.
Hidup sepuas mahu.

Aku kini ada jawapan untuk setiap satu soalan aku.
Aku kini sedia menutup lampu penyuluh ruang hati aku buat kamu.


Padan muka kau, Dyra!


Dyra J.

Friday, January 6, 2012

#2

Siang; terik.
Malam; dingin.
Bulan; comel.
Bintang; terang.
Hujan; nyaman.
Parfum; harum.
Tidur; nyenyak.
Jalan; sesak.
Duit; kopak.
Aku; rabak.
Kamu; ..................





Kamu; pukimak!





Dyra J.

Tahulah aku.

Semesta,
Pulangkan tawa riang kawanku.
Raut wajahnya jelas tak gembira.

Kekasih aku ditukar kamu menjadi lelaki terpaling asing dalam hidup aku, sekarang ada hati mahu menjamah temanku?

Lalu cuma apa yang tinggal buat aku?

Celaka!


Hidup aku bukan patung mainan.
Digemar disayang, lalu koyak sedikit; dibuangkan.
Lebih sakit,
digantikan.

Kasihani aku wahai alam,
Jangan dihukumnya aku sebegini.
Pulangkan semula hati kawanku kemari,
Kalau yang lain tak pandai menghargai.
Kembalikan,
tahulah aku.


Dyra J.

Tuesday, January 3, 2012

Kalau benar,

Kata mereka, aku orang bodoh;
ditinggal, masih menunggu.
Ditolak tepi, masih kembali.
Dibiar tak dipeduli,
disuruh mati,
masih menanti.

Kata mereka, kumbang bukan seekor.
Kata mereka, carilah pengganti.
Kata mereka, mereka cukup mengerti.

Bohong!

Kalau kamu mengerti;
masakan aku digelar si bodoh,
masakan dia disuruh digantikan,
masakan aku digelak ditawakan.

Kalau kamu mengerti;
dia itu bagi aku adalah suka duka,
dia itu bagi aku adalah kokaina,
dia itu bagi aku adalah dunia.

Dan kalau benar kamu mengerti, sedarlah;
aku ini terlalu kasih padanya,
aku ini terlalu mahu adanya dia,
aku ini terlalu terkesan akan hilangnya dia.


Jangan suruh aku untuk move on begitu saja, tahukah kamu disuruh lupakan namanya saja sudah seperti separuh nyawa?


Dyra J.

Sunday, January 1, 2012

Masih sama

Siang masih sama,
Malam juga masih sama,
Matahari masih sama,
Bintang dan bulan masih sama,
Air laut masih sama,
Tanah dan lumpur masih sama,
Masalah dunia masih sama,
Lelaki dan perempuan masih sama,
Aku masih sama,
Cuma tidak kamu.
Dan tahun baru.
Dan umur aku.


Selamat tinggal, 2011; tahun aku ditinggalkan si dia.
Selamat datang, 2012; tahun apa atau sesiapa sahaja yang datang aku terima dengan hati terbuka.


Dyra J.