Saturday, June 9, 2012

Nota musika untuk sang pengait irama.

Dia sedang menyakiti kamu,
dia sedang membunuh kamu,
dia sedang menggali lubang untuk ditanamnya kamu,
dengarkan aku!

Kamu itu manis orangnya.
Kamu itu molek orangnya.
Kamu itu pujangga.
Sanggupnya dibiar dipijak segala,
semata dia yang bermuka cantik,
berbadan lentik.
Semata dia, kamu sanggupkan segala.

Dengarkan aku,
dengarkan aku,
dengarkan aku!

Aku ini kenal kamu,
aku ini selalu denganmu,
aku ini....

Sial!

Aku ini cuma alat musiknya,
yang dipegang diusap,
yang dicuci dilap.
Aku ini cuma alat musiknya,
setia mengeluarkan bunyi,
untuk tuannya si tak sedar diri,
yang sedang mentah-mentah diratah hati,
yang mudah-mudah menempah mati.
Aku cuma alat musiknya.


Melihat si dia yang kamu terlalu suka bersama dengan orang-orang yang kamu kenal benar cuma mahu melukakan si dia, pedih. Lebih menyedihkan, kamu cuma orang asing yang tak bisa berbuat apa. Malah, kamu sebenarnya, bukan sesiapa.


Dyra J.

4 comments:

dochi said...

a'a cedih cangattt~

okay annoying.
serius sedih bila kita sayang orang dan takmau dia sakit tp kita takde kuasa nak halang apa-apa.

pedihhhhh!

epilesosis said...

Lebih baik menjadi siapa dari sesiapa.

Lepaskan saja, dari hati sendiri dimamah perit.

Yodd™ said...

pinjam ni. aku cari chord eh.

miza kimbum said...

dyra j , sy da dpt da buku 2,thanks atas ucapannya (: