Saturday, June 2, 2012

Aku perempuan yang,

Aku perempuan yang percaya
dunia ini penuh dengan rona duka.

Aku perempuan yang percaya
kebencian tegarnya pada dunia perlu diraikan bersama.

Aku perempuan yang percaya
perubahan itu tak perlu ada.

Aku perempuan yang percaya
dia sudah kehabisan porsi-porsi asmara.

Aku perempuan yang percaya
benci itu susur galurnya cinta.

Aku perempuan yang sudah malas menggagahkan jiwa.

Aku perempuan yang sibuk menyusun kata.

Aku perempuan yang tanpa sedar,
perginya dia
kerna aku puncanya.

AKU.


Dyra J.

3 comments:

KarlPower said...

aku lelaki yang,
suka karya "aku perempuan yang" ini.

aku lelaki yang,
tersedut kokain di blog ini.

aku lelaki yang,.

epilesosis said...

perempuan adalah jantina yang paling bijak bila memendam rasa dan merahsiakan perkara.

Dyra J. said...

Terima kasih sang-sang arjuna :)