Wednesday, September 22, 2010

Maka aku katakan yang aku baik saja,

Ampunkan aku,
Aku terpaksa menipu.
Supaya tak banyak yang keluar dari mulut aku menyucuk hati kau yang satu itu.

Aku takut.
Aku kecut.
Bila mana aku didatangi marah,
Aku takut kau akan angkat kaki
dan,
blah!

Maka aku katakan yang aku baik saja.
Sedangkan sebenarnya aku sedang berhempas pulas,
Melawan arus dalam hati yang maha deras.
Arus yang bisa membawa apa saja, yang mampu buat semuanya hanyut sekelip mata.
Janganlah,
Aku tak mahu lagi hati aku seperti yang dulu itu.
Hati yang itu batu,
Hati yang itu berhantu!
Hati itu yang buat aku hilang kau satu masa dulu.

Maka, sabarlah kau hati.
Maka, teguhlah kau berdiri.
Akan hilang arus deras itu sikit lagi.

Sikit lagi.


Dyra J.

3 comments:

Adi Wafi said...

*jentik2 tahi hidung

cerita pasal hati, sampai mati takkan habis.

syafiqxsaifullah said...

kau dah keluarkan apa yg ratusan lagi org mahu sampaikan.
iaitu,
jadi hipokrit untuk kawal situasi begini dan begitu.

Dyra J. said...

Wafi, matilah kalau nak habis. Kan? Yes, Syafiq. Pandai kau. :)