Tuesday, September 14, 2010

Kalau masih juga mahu,

Tuhan itu maha hebat,
Jiwa yang dahulunya sesat kini sedang didakap dengan erat.

Jauhlah, usah dekat lagi.
Jauhlah, usah diganggu aku ini.

Tahukah engkau betapa aku berusaha?
Tahukah engkau betapa aku menangis seperti orang gila?
Bersedu seperti pedagang dahaga?
Dan aku melawan dunia?
Dan aku menentang semuanya?

Jauhlah, usah dekat lagi.
Jauhlah, usah diganggu aku ini.
Jauhlah, usah diporak peranda yang kali ini.

Kalau masih juga mahu,
Robek saja hati aku, jangan hatinya.
Tusuk saja hati aku, jangan hatinya.
Remuk saja hati aku, jangan hatinya.
Aku sanggupkan.
Aku relakan.
Kerna tuhan itu ada,
Tuhan itu masih bersama aku yakni hamba-Nya.

p/s: Cukuplah sampai sini, tetamu datang pulak. Potong betul!


Dyra J.

4 comments:

syafiqxsaifullah said...

baru aku nak selam apa luahan kau.
p/s tu menganggu.
potong!

Dyra J. said...

Muahaha! Aku type pon terbahak-bahak weh. Kah kah!

Najwa Amirah said...

Macam gam Dyghaa. Boleh pulak ganggu2 kahkahkah !

Dyra J. said...

HAHAHAH! Sadapyuh!