Wednesday, July 21, 2010

Eternity.

Apa harus aku biarkan saja diri ini selesa?
Selesa di tempat asing yang tak ada manusia kenal aku siapa.
Yang tak ada manusia tahu aku bagaimana.
Yang tak ada manusia nampak apa aku rasa.
Bukankah duka itu peneman setia?
Bukankah sepi itu raja segala?

Ah!
Manusia apa aku ini?
Takut pada keselesaan.
Senang dengan keperitan.

Banyak kali aku bilang pada semua,
Aku takut pada keselesaan.

Ya, aku takut.
Takut.
Takut.
Takut.

Biar aku takut,
Biar aku kecut,
Supaya aku beringat,
beringat tentang keringat yang selama ini menjerihkan!
Keringat yang selama ini melelahkan!

Sejak aku punya teman bernama duka,
ramai yang mahu berkongsi rasa.
Ramai yang meluahkan cinta.

Cinta si penduka-penduka.

Wahai penduka,
Aku cinta kalian!
Kita bersama.
Kita adalah peneman duka sesama kita.
Kita juga adalah ubat penyembuh luka untuk hati kita.

Dan kau duka,
Aku cinta kau selamanya.
Jangan kau pergi dek kerana selesa.
Kerna selesa itu sementara.
Duka itu bagi aku,
selamanya.

Eternity.

Dyra J.

2 comments:

Eima Jer said...

ya.
duka buat kita musuhi lupa


penduka seperti kita
perlu bangga dengan ketabahan yang ada
walau kadang-kadang tergelincir tewas
tapi kita masih bisa bangun

ya.
selesa itu selalu buat kita lupa
realiti siapa diri kita

Dyra J. said...

Sungguh! Aduh, sayangnya aku dekat orang macam ni.

:)