Sunday, December 5, 2010

Anak yang dipanggil, jalang.

Aku ini anak yang katanya menjalang,
Dipesan tak terkesan,
Disuruh ada saja diberi alasan.

Aku ini anak yang pada mata mereka jalang,
Keluar merayau merata jalan,
Didepan naif dibelakang setan.

Aku ini anak yang dipanggil jalang,
Baik tak kena,
Jahat diperbesarkan.

Dan untuk apa aku cuba untuk lagak baik dimata mereka?
Dan untuk apa mencanakkan usaha kalau yang ternampak hanyalah buruk laku kau saja?
Aku ini ibarat pelari pecut yang saat picu pistol dilepaskan, mula berlari.
Berlari mengejar pelari yang semua sudah tahu,
Tarafnya di peringkat dunia.

Aku ini tak akan bisa,
Tak akan merasa,
Tak akan tahu rasanya,
Betapa seronok menjadi yang di tempat pertama.
Yang kejayaannya dipuja,
Yang kisahnya dicerita semua,
Yang semua mahu jadi sepertinya.

Ah begok, bukan?
Mencuba menjadi engkau yang bukan engkau
Sedangkan kau tahu bahawa kau tak mampu.
Dan lebih teruk,
Tak ada yang sedar semua tu.

Maka aku biarkan saja,
Aku berhenti berusaha,
Dan aku biarkan dipanggil apa saja,
Kerna itu aku selayaknya.


Panggil aku pengecut, kata aku putus asa. Apa saja. Kau akan tahu apa rasanya nanti bila satu hari kau mencuba menjadi yang baik dimata keluarga, pulangan bagi kau adalah kau dicaci dihina sedangkan kau berhadapan dengan orang yang kau paling pandang mulia, paling kau mahu jumpa bila kau pulang dari singgahsana sarjana. Tengok jauh mana kau boleh diam dan telan semua. C'mon, panggil lah aku pengecut. Panggil.


Dyra J.

4 comments:

syafiqxsaifullah said...

yg selalu di tangga pertama dan
yg di atas tinggi melangit.
dia lah orangnya yg akan sakit teruk
apabila dia jatuh kelak.

*suka
"Baik tak kena,
Jahat diperbesarkan."

Dyra J. said...

Aku takmau yang di tangga pertama tu jatuh, aku cuma nak usaha aku dipandang ;/

Timasih sapik :)

marrot said...

jadi ,usaha sampai mereka nampak .mereka tak buta .cuma tggu masa .

Dyra J. said...

Maksudnya kau rasa usaha aku selama ni tak cukup? Jangan pernah persoalkan usaha aku kalau tak kenal aku siapa, tak tau aku macam mana. Kau takde hak untuk bubuh persoalan tu.

Terima kasih apa pun.