Saturday, June 22, 2013

I, too.

Jiwa aku ibarat tanah tandus yang cuba untuk dibaja disiramkan lalu dibajak digemburkan supaya kembali bernyawa untuk ditanamkan semula benih-benih gembira.

Cuba,
hampir berjaya,
lalu gagal
dan proses dimulakan semula.
Berulang kali--

Hidup ini indah. Dan aku, aku tidak mahu terlepas untuk turut serta meraikan keindahannya.

Tuhan,
bantu aku merasa hidup,
menerima indah.

I, too, wanna be happy.


Dyra J.

Bravo.

If it's true that I am not worth fighting for anymore then so be it.
Nevermind sayang,
I'll fight for myself.
I'll fight bravely.

Me.


Jangan berhenti juangkan cinta pada siapa saja, walau yang kita benar cinta, yang dulu maukan kita sudah tak lagi ada.

Be a lover. Be a fighter. Be bold.



Dyra J.

Wednesday, May 15, 2013

Courage.

Neon padam.
Dunia kelam.
Aku bungkam.
Alam kejam.

Terperangkap aku oleh hidup.

Dia datang seperti cahaya,
Menerobos jiwa-jiwa aku yang dulunya gelap nan gelita.
Terang tersuluhkan,
Rapi terjagakan,
Panas ternyalakan.

Lalu semesta pun berdansa,
berpestakan jiwa-jiwa yang kembali merah,
yang mula merasakan hidup itu mudah,
tak susah.

Dan seperti langit malam yang bercakerawala,
dia juga tidak selamanya ada.
Maka yang terkesan cuma memoria,
juga jiwa yang penuh cinta.

Bangkit,
dan hadap saja.


Courtesy of someone's instrumental song.



Dyra J.

Thursday, April 11, 2013

#150

Bersaksikan seluas-luasnya laut,
semendung-mendungnya langit,
ini tebaran hati aku;
yang sudah tidak punya rupa dan bentuk,
sudah uzur dan remuk.

Hanyutkanlah.

Ini hati aku;
yang sakit ditinggalkan,
yang sedih dibiarkan,
yang luluh teringatkan,
yang perit mengisahkan,
yang hancur mengharapkan.

Tenggelamkanlah.

Sayang,
kalau hati aku yang tercebiskan ini ke udara tebarannya,
akan penuh dunia dengan debu-debu harapan kisah kita yang tak ke penghujungnya.

Jadi,
itu hati aku.
Disetiap cebis itu didalamnya ada dia.
Laut itu luas, sayang.
Aku tak bisa mengawalmu.
Pergilah.


I am completely destroyed.


Dyra J.





Sunday, January 27, 2013

Elemen.

Langit,
ambillah cinta aku.
Laut biru,
hanyutkanlah hati aku.

Aku ini tidak tahu serik,
Aku ini pantang dibuat baik.
Semua aku berikan.
Semua mahu direlakan.

Alam,
kenapa aku yang dimamah semesta?
Kenapa bukan dia disana? Yang mencurangi kekasihnya.
Atau dia yang disudut satu itu? Yang menipu rakannya.
Atau dia yang di hujung sekali? Yang mementingkan dirinya, membelakangi keluarganya, meniduri bapa kekasih sejatinya, yang ketara jalangnya.
Kenapa bukan dia, dia dan dia?

Menjadi aku yang tidak tahu bila untuk bercukup memberi,
menjadi aku yang tidak tahu apa yang bakal dihadapi,
aku mudah disakiti.

Lalu, akan ada episod dalam hidup aku dimana aku berjanji dengan diri untuk tidak lagi terlalu memberi. Yang mana janji itu akan bertahan cuma selama mana manusia-manusia yang wujud dalam hidup aku tidak dalam kesusahan. Percayalah, tak lama. Aku mula memberi semula, memberi dan memberi lagi. Aku berikan kasih dan cinta, aku kirimkan percaya bersama. Aku lampirkan cebisan hati aku yang masih ada. Dan iya, aku disakiti, berkali-kali. Ada yang pergi, ada yang tidak mahu lagi berkongsi hati.

Cuma ini soalan aku;
Mengapa datang untuk pergi?
Untuk apa punya hati jika hanya untuk dipatahi?


"Saya sampai pada kesimpulan bahwa patah hati itu menyebalkan. Dan tidak enak sekali rasanya." -perempuansore


Dyra J.