Dan bila ditengking, si gadis tersentak.
Mana pergi jiwa yang dikenal dulu?
Yang bila sabarnya hilang, dia masih tenang.
Yang bila marahnya datang, hanya matanya bergenang.
Dan akhirnya dia,
Dan akhirnya dia masih tenang.
Maka dikatakan si gadis yang berubah,
Maka dipakukan dalam-dalam hujah,
Bahawa diri si gadis tak lagi indah,
Bahawa hati si gadis mula berpecah.
Bersepah.
Bukan untuknya.
Tak lagi cuma dia.
Sedih bukan? Disambil lewakan oleh orang yang kita suka. Dipersoalkan tindakan oleh orang yang kita anggap jiwa. Diam bukan bererti tak senang berbual, diam kerana untuk orang yang diberikan sepenuh jiwa padanya, dimahukan beri sepenuh-penuhnya. Maka bila saja mulut terdiam, bererti aku tak bisa memberi yang sepenuhnya. Telinga hanya mahu mendengar. Bunyi nafas pun cukup lah. Ada sesiapa seperti aku? Yang setiap kali perasaan mahu dilahirkan dengan kata, bicara itu hilang entah kemana.
Haih.
Dyra J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
dalam hati membuak dengan seribu kata.mulut?diam seribu bahasa.
sama lah.haihh
hey sayang...
hati sy makin membebas dari cinta dia...
=)
apelfeckel j, kan? Haih haih haih.
Eima, awak happy mcm tu? Kalau happy, saya tumpang gembira. :*
:)
Huwaaaaaaaaaaa
Post a Comment