"Pandang situ. Lu rasa gua ini bintang yang mana satu?"
Diam.
"Lihat sana. Lu rasa gua ini awan yang mana?"
Diam.
"Lu dengar gua?"
Diam.
"Lu rasa gua?"
Diam.
Muncul angin yang ditunggu sang penanya, akhirnya. Lalu, dibisiknya ke telinga sang penanya yang seakan teruja.
"Kau bintang yang adanya tempat untukmu hanya satu dalam hati aku. Kau awan yang dengan tabahnya kandung hujan tika aku hanya tahu mencelakakan segala kesungguhan. Aku dengar setiap apa yang kau bicara tapi aku hilang tutur kata walhal hati aku becok berbicara.
Rasa?
Apa itu?"
...dan angin yang di tunggu sekian lama itupun bertiup pergi menyusul senja.
Dyra J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
hot!
Hot? As in hot for panas ya? Muehehe!
kalau angin berlalu pergi..biarkan..kerana pasti ada angin yg baru..
Tapi aku tak mahu angin yang baru, aku masih tunggu angin yang satu itu.
angin itu datang,
menghembus muka.
mata terpejam,
menikmati segar angin itu.
dan ia berlalu pergi.
Lalu mata terbuka, hati terluka. Apa rasanya ya?
Post a Comment