Aku sudah ada tempat untuk berdebat. Cuma...
Aku ingin,
aku pingin.
Aku ingin dan aku pingin perikan pada kau, aku kini mahasiswi kontrak kerajaan di kepulauan Borneo. Hikayat yang sama jadinya pada kau waktu dulu dan kau perikan pada aku satu persatu dengan nada bahagia tetapi segan silu.
Saat aku terima tawaran itu, hati aku berdegup laju, meminta sesuatu.
Aku mahu kau tenangkan aku, saat mulut kejam menembak hati kosong ini.
Aku mahu kau genggam tangan aku, dan bisikkan pada aku engkau ada disisi.
Aku mahu kau jerit lantang dengan suara girang yang kau bangga dengan aku ini.
Tapi siapa aku mahu meminta-minta.
Dan kini,
aku seekor burung.
Bebas terbang setinggi mahu.
Bebas terbang kemari kesitu.
Tinggallah engkau bersama kawanan anjing kurap,
yang hanya tahu berfikir korup!
Menulis belakang sesuatu, senyap.
Menyorok dibalik sesuatu, perap.
Kini aku kisahkan semua, hikayat dongeng Dyra ada juga realitinya. Sekarang kita lihat siapa yang kemana. Sekarang kita tengok apa yang terpampang depan mata.
Terima kasih, Tuhan. Terima kasih!
Dyra J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
tahniah..
=)
tahniahhhhh tott.
Eima, terima kasih ya? :)
Anonymous ini kalau bukan Syuada, mesti keluarga terdekat yang lain, atau Wawa atau Dengh. Btw, terima kasih!
"Dan kini,
aku seekor burung.
Bebas terbang setinggi mahu.
Bebas terbang kemari kesitu.
Tinggallah engkau bersama kawanan anjing kurap,
yang hanya tahu berfikir korup!
Menulis belakang sesuatu, senyap.
Menyorok dibalik sesuatu, perap."
This is actually pretty good. Ever thought of submitting your Malay poetry anywhere?
Oh no, your compliments is way too big for me. Thanks Ana! And no, I'm not that good to submit my poetry somewhere. They might not want to read it as well I think. Ahaha.
Terima kasih ya? Tinggi sangat pujian. :)
aku malas sign in. as usual, hehe.
Muehehe, agak dah!
mana kau? kuantang?
Sudah tentulah Kuatang, mana lagi. Aku balik BJ petang nextweek, malam fly. Tolong lah cari waktu utk berjumpa! ;/
borneo?
di manakah..
sabahan kah
sarawakan kah
ianya yg aku tahu
mungkin uitm
betul?
Syafiq, gua akan ke Kota Kinabalu, Sabah. Bukan UiTM, tapi UMS. Universiti Malaysia Sabah.
:)
Post a Comment