Thursday, June 17, 2010

Bayangan fantasi.

Aku mimpi akan kau tadi pagi. Kau datang dan kucup rambut aku yang tak pernah tersisir rapi. Kau kucup, dan kau tenung aku. Dan kau kucup lagi, acap kali. Aku sedar, tapi aku hanya membatukan diri. Aku gusar kalau bayangan kau akan pergi saat aku hidupkan diri.

Dengan lembut kau bisik di telinga aku belah kiri,


"Sayang, aku dah nak pergi. Jaga diri."


Aku tersentak, aku tersedak. Kau dah pergi. Tapi kenapa bayangan kau juga harus ikut sekali? Aku hanya mahukan kau ada untuk aku dalam fantasi, kerana kau bukan punya aku di alam realiti.

Malam ini mahu aku bisikkan pada bayangan mirip kau ketika berfantasi,


"Sayang, jangan pergi lagi. Aku belum puas merengek geli, aku belum puas memecah sepi. Kalau juga kau mahu pergi, tolonglah, jangan pernah kau kembali."


Setiap kali aku takut, setiap kali aku kalut, nama kau aku sebut. Dan hanya pada bayangan kau aku berpaut.


Tuhan,
jangan rentap bayangan dia.
Benarkan ia jadi milik aku,
selamanya.


p/s: Untuk lu, lu dan lu semua yang lagaknya bijaksana dalam meneka apa yang gua rasa, hentikanlah. Moga dengan lagak celaka kalian bisa memakbulkan gua punya permintaan. Dan moga dengan izin Tuhan, akan ada sesi pembalasan.


Dyra J.

2 comments:

syafiqxsaifullah said...

aku tak faham.
sbb jangkaan awal aku agak tipikal.
tapi di akhiran,
belum sempat meninggalkan komentar,
ko dah sanggah awal2 jangkaan sesiapa saja yg baca.
jadi ianya apa?
sila jelaskan.
pjg aku komentar nieee.
haha

Dyra J. said...

Mahu aku jelaskan dimana ya? Di sini atau di chat box kau? Sebab aku mahu kau nampak. Ah di chat box saja lah aku jelaskan.

:)