Hingga hari aku hampir terbang,
bayang kau tak datang datang.
Hati aku menangis hiba,
aku perlukan kau, celaka!
Mampir kehadapan aku,
tolong aku sesuatu,
ungkapkan ini pada aku.
"Kau kebanggaan aku,
adanya engkau menghalau hantu yang asyik saja mengacau mimpi aku,
aku bahagia pernah punya engkau,
dahulu."
Tolong, ungkapkan ini untuk aku.
Dan aku akan terus berdamping dengan mu.
Serius!
Aku perempuan yang celaru jiwanya,
ungkapan saja sudah cukup buat jiwa aku berbunga,
hati aku terang bercahaya,
mata aku berkaca.
Aku senang percaya,
aku mudah dimanipulasi kata.
Aku betul-betul dah nak pergi,
sungguh engkau tak peduli?
Jawab lah celaka,
jawab!
Khabarkan semua,
hamburkan segala.
Aku ada,
aku ada,
aku ada.
Dyra J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ya
aku dan kau sama
mudah dimanipulasi dgn kata-kata
kadang2 hati tahu ia manipulate belaka..TAPI hati masih mahu letakkan harapan di situ..
Dengan harapan, benda tu akan kunjung tiba walapun bila masa kan? Aduh, hati hati. Susah! Terima kasih, Eima.
:)
terasaaaa~
(-.-")
dalam kasut yang sama.sigh.
hati.hati.benda paling degil.
Itulah. Moga kuat ya? :)
Post a Comment