Berapa agaknya harga si hati?
Sanggup dibiar jatuh ke paras kaki.
Lalu dipijak,
Lalu dihenyak.
Mengapa pulangkan kala aku tak bersedia menyambutnya?
Hati aku hancur kamu kerjakan,
Hati aku berselerak kamu lemparkan,
Hati aku musnah kamu binasakan.
Sayang,
Jika benar pada kamu hati aku sudah benar tak berharga,
Jangan dibuangnya ia.
Pulangkan semula,
Dengan keadaan terpaling sempurna,
Seperti masa kamu mengambilnya.
Seperti semula.
Seperti sediakala.
Ini tidak,
Kamu kerjakan ia.
Kamu lemparkan ia.
Kamu binasakan ia.
Kamu;
Kamu peminjam hati tak bertanggungjawab!
Dyra J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mahu berkolaborasi.
kwn aku editor zine murahan.
tapi buka minda.
aku nak rembat karya emas kamu sikit.
untuk publish di situ
#manusiasi 2.
sila add di facebook.com/syafiqxsaifullah
atau setidaknya berbalas emel di
syafiqxsaifullah@gmail.com
aku hanya mahu kata persetujuan dari kamu. :)
assalamualaikum
terbaik. sudah lama tak kesini. masih sama. masih hebat! teruskan.
sajak nie ada kena mengena dgn aku .. tepat kena dimuka ..
Post a Comment