Tuesday, August 23, 2011

Kerana terlalu.

Bila kita terlalu percaya tentang sesuatu,
kita serah sebulatnya jiwa dan raga.

Kita pasakkan tanpa curiga,
kita teguhkan dengan penuh rasa,
kita dirikan sepenuh cinta.

Sedangkan sekelian dunia selalu membilang,
"hey, untuk apa percaya?"

Maka pedulikan saja,
teruskan percaya,
Kerana yang tahunya cuma kita,
yang fahamnya cuma kita.


Sedang dalam proses memahamkan hati sendiri tentang betapa kasih aku padanya tak terkira dan apa saja yang dikatakan orang takkan aku kemana.


Dyra J.

3 comments:

WXYZ said...

Kadang-kadang apa yang dinyatakan orang itu kita ambil mudah saja. Kita ikut kata hati. Tp tidak salah, kita mendengar kata-kata mereka, lalu kita timbang, mana yang kita terlepas pandang. Tapi jgn terlalu ikutkan hati, tinggalkan minda ;)

syafiqxsaifullah said...

lu delete semua katakata keramat lu yg lamalama?

Sloeko loe said...

masih menulis ya orang keluli?