Mahu saja aku tempikkan pada dunia,
Yang aku ini bukan calangnya,
Untuk dipijak dihina sentiasa.
Siapa kamu untuk menjaja aku?
Siapa kamu untuk dilekehnya aku?
Memang,
Duduk bangun kita,
Aku ini banyak lainnya.
Aku ini banyak campingnya.
Aku ini banyak jatuhnya.
Tapi untuk apalah ditempiknya dunia
Tentang betapa aku kisahkan semuanya?
Untuk apalah disalahkan dunia,
Tentang betapa aku tak sempurna.
Untuk apalah diherdiknya dunia,
Tentang betapa aku berbeza.
Untuk apalah?
Kenkadang, bila punya rasa berbeza buat kita tak mahu bersama. Tapi bukankah berbeza itu yang melengkapkan semuanya? Jadi janganlah dihina bezanya kita dalam keramaian, kerna kita medium dalam melengkapkan. Cheers to the dork!
Dyra J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kita sama saja aku rasa, bezanya, aku lelaki dan kau perempuan. betul x? :)
Kalau kau dah rasa kita sama, maka samalah :)
peminat tulisan tulisan ini.
Anon, terima kasih!
Post a Comment