Langit hari ini dilihatnya mendung,
Awannya saja tampak seperti terlalu sarat untuk dikandung,
Habis digugurkan semuanya,
Dibiarnya basah segala,
Dibiarnya layu semua.
Kenapa tak dimatikan saja rasa ini?
Biar tak tergusar,
Biar tak bergetar.
Penat.
Apa terlalukah aku meminta untuk dibuang rasa dijiwa?
Aku mahu hati aku dimatikan,
Supaya hati ini tak sepi,
Supaya hati ini tak lagi takut sendiri.
Apa terlalu?
Jawab aku.
Aku ingin tahu.
Tentang bosan mempunyai jiwa yang terlalu banyak rasa didalamnya. Jiwa yang membuatkan aku terlalu murah dengan airmata.
Dyra J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tiada hati, kita mati.
Mati rasa, mati segalanya.
Dan air mata yang jatuh itu boleh dikumpul, untuk dibina satu tembok kekuatan yang mana ia bisa buat kita jadi lebih kuat dari hari sebelumnya.
Air mata bukan petanda kelemahan.
Ia titik bermulanya kekuatan.
:)
yes ari ur sooo rite. n kau dyra,kau tak seorang.walau keadaan kita berbeza,tp sesak hati yg kau rasa sama.
mari aku beri kau pelukan biar sama sama rasa tak terbiarkan.
kenapa tak dimatikan saja?
persoalan itu datang.
bila ia pergi atau mati.
jgn kau tanya lagi
Terima kasih awak semua. Tak tahu nak balas apa. Terima kasih!
:)
Post a Comment