Friday, July 23, 2010

A slippery road.

Air mata aku mengalir deras,
Aku tewas!
Aku mula lemas,
Lemas dalam lautan manusia yang aku tak kenal siapa.
Yang aku tak tahu hati budinya.

Saat ini,
Aku rindu wajah bunda.
Aku rindu marah herdiknya.
Aku rindu bergelak tawa bersama.
Aku rindu memperikan segalanya pada dia.
Aku rindu.
Aku rindu.
Aku rindu!

Maka datang pula ingatan aku pada si penyumbang duka.
Masih terngiang-ngiang di telinga,
Dengan suara yang aku tak akan pernah lupa,
Bila masa saja aku berduka,
Kau dengan lembutnya melontar kata,
“Kuatkan hati, wahai cinta.”

Kuat.
Untuk apa kuat?
Terbelahnya kekuatan aku saat ini semuanya disebabkan perit jerih aku untuk bertahan.
Maka wajarkah aku lagak kuat dan bertahan lagi?
Wajarkah?

Duduklah aku disitu,
Diam dan berteleku.
Memerhati manusia yang asyik dengan hidup mereka.
Ada yang mahu bersuka ria,
Ada yang nampak bersahaja.
Ada yang tak peduli apa.

Di sudut satu lagi, duduk seorang lelaki.
Kusut mukanya.
Kerut dahinya.
Apa dia seperti aku?
Yang masih merindu kisah dulu?

Bunda, tolong aku!
Anakmu separuh mati.
Mati!

Dyra J.

6 comments:

Eima Jer said...

kuat ya sayang!
hidup di perantauan mmg memerlukan kesabaran yang tinggi
sementara nak ajar hati lebih cekal.
utk ilmu kita perlu bekorban

Eima Jer said...
This comment has been removed by the author.
Eima Jer said...
This comment has been removed by the author.
Eima Jer said...
This comment has been removed by the author.
Dyra J. said...

Eima, terima kasih. Kita belajar maknanya kita sedang berjihad kan? Kuat kuat! Terima kasih tau :)

Dyra J. said...

Siapa remove comment ni hoiiiiii? Sampai tiga pulak tu, salah eja ke apa? Muahahaha.